• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kempen, Pertandingan SSM Semarakkan Bulan Merdeka

oleh AK-47
16/08/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melancarkan kempen #IAMSSM dan ‘Saya Anak Malaysia’ bersempena sambutan bulan kemerdekaan negara ke-59.

Majlis berlangsung di perkarangan Menara SSM dan dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainudin serta dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Datuk Zahrah Abdul Wahab Fenner, pada Isnin.

Kempen, Pertandingan SSM Semarakkan Bulan Merdeka
Hamzah mengedarkan jalur gemilang serta cenderahati SSM kepada orang ramai di Menara SSM, pada Isnin.

Kempen bertujuan menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan warga kerja SSM dan seluruh rakyat Malaysia selain mengingatkan kewajipan memelihara nilai kemerdekaan, sekaligus memupuk semangat cintakan negara dan sayangkan keharmonian yang dikecapi di negara ini.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa sejurus selepas ketibaan Hamzah dan diikuti dengan nyanyian Jalur Gemilang dan Negaraku dengan penuh bersemangat oleh warga kerja SSM.

Kempen, Pertandingan SSM Semarakkan Bulan Merdeka

“Sudah 59 tahun kita merdeka, daripada tahun pertama (1957) sehingga sekarang ini, pelbagai perubahan dapat dilihat dari segi pembangunan, pemodenan ekonomi dan kemakmuran negara.

“Kepimpinan yang ada dari dahulu sehingga sekarang adalah mereka yang bertanggungjawab memastikan rakyat hidup aman sentosa dan bersemangat meneruskan perjuangan membangunkan negara.

“Insya’Allah dalam empat tahun lagi, negara tercinta kita akan diumumkan sebagai negara berpendapatan tinggi,” ujar Hamzah dalam ucapannya.

Pada majlis sama, Hamzah tidak melepaskan peluang mengedarkan jalur gemilang serta cenderahati SSM kepada orang ramai.

Dalam pada itu SSM menganjurkan Pertandingan Video Patriotik #IAMSSM sempena Hari Kemerdekaan yang dibuka kepada orang ramai dan menawarkan hadiah wang tunai keseluruhannya berjumlah RM3,000.

Kempen, Pertandingan SSM Semarakkan Bulan Merdeka

Turut dianjurkan, pertandingan menghias pejabat SSM di seluruh Malaysia bagi menaikkan lagi semangat syarikat-syarikat dan perniagaan di Malaysia agar lebih menghayati bulan kemerdekaan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: #IAMSSMbulan kemerdekaanSSM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SSM Buka Siasatan Penipuan Skim Pelaburan Babit Kerugian RM1 Bilion

SSM Buka Siasatan Penipuan Skim Pelaburan Babit Kerugian RM1 Bilion

23/06/2023
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) membuka kertas siasatan berhubung kes penipuan skim pelaburan yang membabitkan kerugian RM1 bilion. Ikuti...

Prasarana Buat Laporan SPRM, SSM Projek Rugi Hampir RM500 Juta

04/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan membuat laporan kepada pihak berkuasa selepas mencatatkan kerugian bernilai 417 juta riyal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd