• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM Sangsi Biji Rambutan Ubat Kencing Manis

oleh Ahmad Albab
16/08/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiada rujukan ilmiah menyatakan bahawa biji buah rambutan adalah ubat terbaik untuk bebas daripada penyakit kencing manis.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, biji buah rambutan dikatakan mempunyai kandungan lemak (saponin) yang tinggi dan merupakan toksik kepada manusia.

“Beberapa hari yang lalu telah timbul kenyataan bahawa ubat terbaik untuk bebas daripada penyakit kencing manis (diabetes) adalah dengan mengambil biji buah rambutan.

“Berdasarkan semakan rujukan ilmiah, tiada rujukan didapati menyatakan kegunaan tradisional atau perubatan biji rambutan untuk sebarang rawatan termasuk penyakit kencing manis,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Justeru, Noor Hisham berkata, kajian yang menyeluruh iaitu kajian praklinikal dan klinikal perlu dijalankan sebelum sesuatu bahan berasaskan herba dapat membuat sebarang tuntutan perubatan dan keselamatan bahan tersebut adalah terjamin.

Katanya, oleh kerana tiada kajian keselamatan atau klinikal yang menyeluruh untuk menyokong keselamatan pengambilan biji rambutan, orang ramai digalakkan mendapat khidmat nasihat pegawai farmasi atau pegawai perubatan sebelum mengambil bahan atau produk berasaskan biji rambutan.

Tambah beliau, sehingga kini, Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) belum pernah mendaftar produk dengan bahan aktif biji rambutan.

“Sesiapa yang ingin menjual/membekalkan produk dengan tuntutan kesihatan seperti ini adalah dinasihatkan untuk mendaftarkan produk tersebut dengan menghantar permohonan kepada Agensi Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

“Kementerian Kesihatan memberi amaran bahawa memiliki, menjual atau membekal produk tidak berdaftar adalah merupakan satu kesalahan di bawah Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.” – MYNEWSHUB.CC

Tags: diabetesrambutan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pencegahan Pandemik Untuk Penghidap Diabetes & Obesiti

13/10/2021
0

Mengurangkan risiko kematian akibat COVID-19 dengan mendapatkan vaksin, mengamalkan langkah pencegahan jangkitan, dan penjagaan diri yang baik. Seorang wanita menghidap...

Kenapa Ramai Pesakit Diabetes Maut Akibat Covid-19?

22/04/2020
0

SEHINGGA hari ini jumlah kematian akibat Covid-19 adalah 157,970 orang seluruh dunia melibatkan ratusan negara di seluruh dunia (20 April 2020)....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd