• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kelindan Lori Didenda RM2,000 Cederakan Isteri

oleh Ahmad Albab
24/08/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Gara-gara cemburu buta sehingga bertindak memukul isterinya, seorang kelindan lori didenda RM2,000 atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Fadzlin Suraya Mohd Suah menjatuhkan hukuman itu terhadap P. Ugaswaran Rau, 29, selepas dia mengaku bersalah dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada C. N. Neermala, 28, seorang kerani, dengan menampar muka, menumbuk keseluruhan badan dan mencekik lehernya sehingga menyebabkan kesan merah.

Bapa empat anak itu didakwa melakukan kesalahan itu di rumahnya di Blok B, Bandar Sunway pada 6.30 petang, 14 Mac lalu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dihukum di bawah Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM4,000 atau kedua-duanya.

Pegawai Pendakwa ASP V. Nara memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan mengambil kira kekerapan jenayah itu berlaku dan supaya memberi pengajaran kepada tertuduh.

Menurut fakta kes, berlaku perselisihan faham antara pasangan itu di mana tertuduh menuduh isterinya curang dan kemudiannya bertindak memukul isterinya di beberapa bahagian sehingga mangsa mengalami bengkak dan kesan lebam.

Peguam Mohd Shazwan Mohd Hasan yang mewakili Ugaswaran merayu hukuman denda ringan atas alasan itu adalah perselisihan faham antara suami isteri dan tertuduh menanggung empat orang anak serta isterinya yang kini sedang mengandung.

Di mahkamah sama, seorang penghantar barang sebuah syarikat kurier, Muhammad Aidil Muspi Hadi, 18, didenda RM1,300 atau penjara empat bulan selepas mengaku bersalah mengugut seorang pengawal keselamatan warga Nepal.

Muhammad Aidil didakwa melakukan ugutan jenayah dan mendatangkan ketakutan terhadap Subba Dil Kumar, 25, dengan sebatang besi pembuka nat tayar dengan tujuan hendak mendatangkan cedera parah di Pos Pengawal Keselamatan, Kondominium Sterling, Jalan SS 7/19, Kelana Jaya pada 10.39 pagi, 17 Ogos lepas.

Dia didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman
penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, tertuduh yang merupakan penghantar barang kurier tidak berpuas hati kerana perlu menyerahkan kad pengenalan di pondok pengawal semasa menghantar barang di kondominium itu telah mengeluarkan kata-kata ugutan dan mengambil sebatang besi pembuka nat tayar dari dalam lorinya lalu cuba menyerang mangsa.

Pegawai Pendakwa ASP V. Nara memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan kerana ia merupakan kesalahan pertamanya dan perlu bekerja untuk membantu keluarga. – BERNAMA

Tags: dendamahkamah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Tindakan Jawatankuasa Etika dan Tatatertib AFC mengenakan denda AS$7,000 (RM27,700) terhadap Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas tujuh...

AFC Denda Al-Ahli RM27,700 Lewat Kembali ke Padang Ketika Menentang JDT, Ali Majrashi Digantung Tiga Perlawanan

AFC Denda Al-Ahli RM27,700 Lewat Kembali ke Padang Ketika Menentang JDT, Ali Majrashi Digantung Tiga Perlawanan

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Juara bertahan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE), Al-Ahli dikenakan denda oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd