• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kejam…Bayi 4 Bulan Ditumbuk 22 Kali Oleh Bapa Sendiri

oleh Ahmad Albab
20/08/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEJAM…seorang lelaki berusia 21 tahun tergamak membunuh anaknya dengan menumbuk bayi perempuan itu sebanyak 22 kali disebabkan bayi terbabit menangis.

Cory Morris ditangkap selepas dia menghubungi 911 dan mengaku membunuh Emersyn Morris, yang baru berusia empat bulan.

Ketika polis dan paramedik tiba di rumahnya di Franklin Avenue, Minneapolis, mereka mendapati tangan dan baju Cory dipenuhi dengan darah. Selain itu lantai dan dinding juga terpalit dengan darah anaknya.

Sementara Emersyn pula ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri. Dia dikejarkan ke hospital dengan muka yang bengkak namun disahkan meninggal dunia.

Ketika itu, ibu Emersyn yang juga kekasih Cory, Jennifer Anderson tiada di rumah kerana bekerja, menyebabkan Cory terpaksa mengasuh anaknya itu.

Cory sedang menonton televisyen apabila bayi itu menangis. Dia kemudiannya mengangkat bayi terbabit dan meletakkannya di atas meja namun selepas Emersyn terus menangis, tanpa berfikir panjang lelaki itu memukul muka anaknya sebanyak 15 kali.

Dia juga menumbuk dada bayi itu sebanyak tujuh kali dengan harapan bayi berkenaan akan berhenti menangis.

Manakala Jennifer pula cuba menghubungi kekasihnya namun tidak berjawab dan apabila dia balik ke rumah pada 4.45 petang, Cory memberitahunya bahawa dia telah melakukan sesuatu terhadap bayi mereka dan akan ke penjara. – MYNEWSHUB.CC

Tags: bayikejam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

26/01/2026
0

GEORGETOWN: Bayi lelaki berusia enam bulan ditemukan meninggal di rumahnya, dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini,...

Bayi Setahun Maut Selepas Tak Sedar Di Rumah Pengasuh, Ada Cedera Pada Abdomen – Polis

Bayi Setahun Maut Selepas Tak Sedar Di Rumah Pengasuh, Ada Cedera Pada Abdomen – Polis

11/12/2025
0

SEREMBAN: Bayi perempuan berusia setahun meninggal dunia selepas dikatakan diambil ibunya dalam keadaan tidak sedarkan diri dari rumah pengasuh dekat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd