• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kegagalan Ahmad Said Punca Kekalutan Politik Terengganu

oleh Ahmad Albab
03/08/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman berkata orang digantinya Datuk Seri Ahmad Said ialah punca kekalutan politik di negeri itu.

Ahmad Razif menarik perhatian bahawa di bawah pentadbiran Ahmad, Barisan Nasional (BN) negeri telah hilang tujuh daripada 24 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diwarisi daripada pentadbiran Datuk Seri Idris Jusoh.

“Ini menjadi ibu segala permasalahan dan ketidakstabilan di Terengganu,” katanya dalam satu kenyataan.

Dengan mempunyai hanya 17 daripada 32 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri, Ahmad Razif berkata; “Kerajaan BN Terengganu dilihat sentiasa berada dalam keadaan tidak menentu dan tidak berkeyakinan.

“Inilah ibu kepada segala permasalahan dan ketidakstabilan yang sedang melanda politik dan pertabiran kerajaan negeri Terengganu. Apabila sudah tidak kuat kita akan terdedah dengan pelbagai ancaman dalam dan luar,” katanya.

Tambah Ahmad Razif, rakyat perlu tahu tentang fakta dan merumuskan bahawa kerajaan BN yang ada di Terengganu sedang berhempas pulas memikul beban tanggungan yang ditinggalkan oleh Ahmad.

Di sebalik kegagalan Ahmad, bekas menteri besar itu dilihat seolah-olah cuba menonjolkan diri sebagai penyelamat pula, katanya.

“Sekarang tiba-tiba dengan megah mengaku cuba menjadi “penyelamat”. Sepatutnya bekas MB itu membantu saya menstabilkan UMNO dan membuat persediaan menghadapi PRU-14.

“Saya selaku MB dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri terpanggil untuk membuat perincian dengan apa yang telah berlaku dan sedang berlaku kini. Politik negeri Terengganu semenjak saya diamanahkan sebagai ketua kerajaan Terengganu yang bertuah ini.

“Saya telah amati dengan teliti akan segala desas-desus, insiden serta tragedi yang telah berlaku dan sedang berlaku sepanjang pentadbiran saya dengan penuh rasa tawaduk dan reda di atas segala apa berlaku,” katanya.

Semalam, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil Ghazali Taib mengkritik kepimpinannya dan memberitahu media bahawa kepimpinan tertinggi UMNO perlu mengambil pendekatan dan tindakan segera bagi menyelesaikan apa yang dianggapnya kemelut pentadbiran negeri.

Ahmad Razif mengingatkan anggota atau pemimpin parti yang tidak puas hati dengan kepimpinannya supaya menggunakan kaedah yang betul serta mengelak mengheret seluruh masyarakat menjadi huru hara di atas asas andaian dan ketidakpuasan hati diri sendiri.

Mengambil pendekatan demokrasi, beliau berkata sekiranya rakyat tidak berpuas hati kepada pentadbiran kerajaan yang pilih secara demokrasi, seeloknya mereka menunggu ketibaan pilihan raya umum.

“Marilah kita bersama-sama menjernihkan keadaan politik negeri Terengganu serta bekerja lebih kuat untuk mendapat kemenangan yang cemerlang pada PRU-14 supaya tidak terjadi seperti PRU-13 lalu dan fokus kepada Pembangunan Negara Bangsa dan Pemasalahaan Rakyat semasa.

“Saya juga yakin UMNO Terengganu masa kini dalam keadaan stabil dan terurus walaupun ada cerita yang bukan-bukan. Percayalah sebagai mana saya katakan, terserahlah kepada qada dan qadar setelah kita ikthiar bersungguh-sungguh,” tegasnya.

Ahmad Razif turut menyatakan bahawa antara sebab Ahmad berundur lebih awal daripada jawatan menteri besar yang disandangnya ialah kerana Ahmad sendiri telah membuat akur janji pengunduran.

“Siapa yang memulakan ‘peperangan atau pergelutan ini? … jelas bekas MB sebelum ini dengan membuat usul undi tidak percaya dalam DUN dan bersekongkol dengan elemen-elemen yang jelas bertentangan dengan kepimpinan pusat serta negeri,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ahmad Razif Abdul Rahman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan BN Terengganu Yang Tunaikan Janji

07/05/2018
0

KUALA NERUS - Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa komited dan konsisten menunaikan setiap janji yang dibuat dan bukan sekadar omong...

‘Sea Felda’ Manfaat 2,000 Penduduk Kuala Nerus

06/05/2018
0

KUALA NERUS - Projek Akuapolitan Kuala Nerus (AKN) atau "Sea Felda", sebuah kawasan pembangunan bersepadu khusus untuk golongan nelayan di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd