• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kanak-Kanak Maut, Lemas Dalam Tong Air

oleh Ahmad Albab
17/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun lemas setelah terjatuh dalam tong air di bilik air rumah keluarganya di Seksyen 24 di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat berkata mangsa, Iman Harris Mohd Syazwan ditemui ibunya dalam keadaan kepala berada dalam tong yang dipenuhi air kira-kira pukul 10 pagi.

“Sebelum kejadian ibu mangsa yang berusia 29 tahun tidur bersama mangsa dan lebih kurang jam 10 pagi apabila ibunya bangun (dari tidur) mendapati mangsa tiada di sisinya.

“Ibu mangsa terus ke bilik air kerana nampak pintu bilik air terbuka dan mendapati mangsa dalam keadaan tersembam di dalam tong tadahan air,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata ibu Iman Harris kemudian membawa anaknya itu ke sebuah klinik kesihatan di Seksyen 19 di sini selepas mendapati mangsa berada dalam keadaan tidak bermaya.

“Bagaimanapun pihak klinik membawa mangsa ke Hospital Shah Alam berikutan keadaan kanak-kanak tersebut yang tidak sedarkan diri, namun mangsa disahkan meninggal dunia ketika tiba di hospital,” katanya.

Beliau berkata laporan bedah siasat ke atas mayat Iman Harris mendapati tiada sebarang unsur jenayah dikesan dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. – BERNAMA

Tags: kanak-kanakmati lemas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi punca dia dipukul anak pengasuh di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd