• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kanak-Kanak 3 Tahun Dari Selangor Alami Difteria

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Satu kes difteria melibatkan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dilaporkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kanak-kanak itu tidak pernah mendapat imunisasi difteria kerana keluarganya mengamalkan kaedah rawatan homeopati.

“Kanak-kanak ini mula mengalami demam, batuk dan muntah sejak 13 Ogos lalu. Pesakit dibawa ke Hospital Sungai Buloh pada Khamis lepas (18 Ogos) kerana sesak nafas dan terus dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi untuk rawatan dan pengawasan rapi.

“Ujian kultur swab tekak pesakit ini didapati positif bakteria Corynebacterium difteria. Pesakit telah menerima rawatan antitoksin dan kini masih diberi rawatan antibiotik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata setakat ini, kesemua 14 kontak terdekat kanak-kanak itu berada dalam keadaan sihat termasuk tiga daripada mereka tinggal serumah dengan pesakit dan 11 lagi di rumah pengasuh, namun status imunisasi kesemua kontak adalah tidak lengkap dan pemantauan ke atas mereka masih diteruskan.

Noor Hisham berkata bilangan kes disahkan difteria di Malaysia setakat ini, meningkat kepada 27 kes termasuk lima kematian iaitu sembilan kes di Kedah dengan satu kematian, tujuh kes di Negeri Sembilan, lima kes di Sabah dengan tiga kematian, tiga kes di Melaka dengan satu kematian, dua kes di Pulau Pinang dan satu kes terbaru di Selangor.

Beliau menegaskan bahawa istilah vaksin homeopati tidak diiktiraf oleh badan-badan homeopati antarabangsa termasuklah Majlis Perubatan Homeopati Malaysia.

“Malah, badan-badan ini menyokong pemberian vaksin konvensional sebagai satu cara yang berkesan dan selamat bagi melindungi daripada penyakit cegahan vaksin dan komplikasinya.

“Vaksin sedia ada telah terbukti keberkesanan dan keselamatannya melalui kajian saintifik berskala besar sebelum ia digunakan ke atas manusia,” katanya.

Justeru, beliau menyeru agar ibu bapa memastikan anak-anak mereka di bawah umur tujuh tahun diberikan imunisasi.

Pastikan mereka mendapat imunisasi lengkap untuk keberkesanan optima bagi mengelak jangkitan penyakit cegahan vaksin dan komplikasinya, kata beliau. – BERNAMA

Tags: Difteriakanak-kanak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perlindungan Kanak-Kanak Daripada Eksploitasi Seksual Tanggungjawab Bersama – Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor

Perlindungan Kanak-Kanak Daripada Eksploitasi Seksual Tanggungjawab Bersama – Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor

07/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Perlindungan kanak-kanak daripada eksploitasi seksual merupakan tanggungjawab bersama yang memerlukan kerjasama erat antara semua pihak. Perkara itu...

Kanak-Kanak Cedera Diserang Anjing Liar Ketika Bermain Di Pantai Kuala Kemasin

Kanak-Kanak Cedera Diserang Anjing Liar Ketika Bermain Di Pantai Kuala Kemasin

03/10/2026
0

BACHOK - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun di sini dilaporkan mengalami kecederaan pada kepala dan leher selepas diserang sekumpulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd