• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jurukamera Olimpik Hilang Peralatan Kamera RM160K

oleh AK-47
06/08/2016
dalam Jenayah, Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BARU sehari Sukan Olimpik 2016 berlangsung, sudah timbul cerita kurang enak apabila jurugambar News Corp bernama Brett Costello menjadi mangsa rompakan geng terkenal di Rio De Janiero, Brazil.

Akibat insiden yang berlaku pada Jumaat itu, Costello yang ditugaskan merakam gambar Sukan Olimpik 2016, kehilangan peralatan kamera bernilai lebih AS$40,000 (RM161,560).

Menurut Costello, ketika itu dia sedang minum kopi di sebuah kafe di Ipanema dan telah ditegur oleh seorang wanita yang bertanyakan sesuatu.

“Ia berlaku dalam masa 10 saat. Costello tertipu dengan helah seorang wanita tempatan yang mendekatinya untuk mendapatkan bantuan.

“Sewaktu wanita itu bercakap dengan Costello dalam bahasa Portugis, seorang rakannya merampas beg dan melarikan diri dengan masuk ke dalam kenderaan berhampiran yang sedang menunggunya.

“Mereka semua berlari menghilangkan diri dalam sekelip mata sebelum Costello sempat bertindak balas,” petik laporan The Daily Telegraph.

Susulan itu, Costello segera melaporkan kejadian itu kepada pihak tempatan.

Jurukamera Olimpik Hilang Peralatan Kamera RM160K
Costello
Jurukamera Olimpik Hilang Peralatan Kamera RM160K
Antara foto hasil bidikan Costello.

Bagaimanapun, dia yang pernah memenangi beberapa anugerah foto tidak yakin barangannya itu akan ditemui semula.

“Saya kaku sebentar dan rasa bodoh kerana tidak menghidu rancangan mereka.

“Saya tahu, saya tidak mungkin akan dapat semula beg atau gear kamera saya. Walaupun apa yang berlaku sangat mengecewakan, saya syukur tidak tercedera atau dicederakan.

“Saya ada berasa sesuatu yang tidak kena tetapi sebelum sempat berfikir apa-apa, beg dan gear kamera saya hilang,” katanya.

Selepas kejadian itu, Costello turut dimaklumkan terdapatnya sebuah kenderaan sedang menunggu di luar kafe untuk melarikan diri.

Tambahnya, polis juga tidak terkejut apabila dengar insiden itu kerana pencuri itu dikatakan sangat licik dan bekerja dalam kumpulan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kamerasukan olimpik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengiraan Detik Pelancaran Olimpik Tokyo 2020 Bermula

25/07/2017
0

TOKYO - Menjelang Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020, Jepun menganjurkan acara pengiraan detik pelancaran penganjuran temasya sukan dunia itu, di ibu pejabat...

JPJ Pasang 50 Kamera AWAS Di Seluruh Negara

22/07/2017
0

KUALA NERUS - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memasang 50 lagi kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) di seluruh negara menjelang akhir tahun ini, kata Ketua Pengarahnya Datuk Seri Nadzri Siron. Beliau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd