• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jumlah Kes Denggi Tunjuk Trend Penurunan

oleh Ahmad Albab
13/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jumlah kes demam denggi di seluruh negara menunjukkan trend penurunan dalam tempoh tiga minggu kebelakangan ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata dari 31 Julai hingga 6 Ogos lepas, kes itu berkurangan sebanyak 4.1 peratus iaitu 1,819 kes berbanding 1,896 kes pada minggu sebelumnya dan tiada kematian dilaporkan.

Bagaimanapun, katanya terdapat lapan negeri yang menunjukkan peningkatan kes berbanding minggu sebelumnya iaitu Pahang 32 kes, Kelantan (18), Perak (13),
Pulau Pinang (lapan), Terengganu (empat), Perlis (tiga), Kedah (tiga) dan Labuan (dua).

“Secara kumulatif dari Januari hingga 6 Ogos, jumlah kes adalah sebanyak 67,437 kes, berbanding 73,263 kes bagi tempoh sama 2015, iaitu penurunan sebanyak 8 peratus.

“Sementara bagi jumlah kumulatif kematian dalam tempoh itu, sebanyak 147 kematian dilaporkan berbanding 201 kematian bagi tempoh sama 2015, iaitu pengurangan sebanyak 26.9 peratus,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Dr Noor Hisham berkata hasil pemantauan kementerian mendapati lokaliti wabak juga menurun pada 31 Julai hingga 6 Ogos berbanding minggu sebelumnya iaitu daripada 755 lokaliti kepada 661 lokaliti.

Mengenai situasi terkini penyakit Zika yang dikemas kini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 4 Ogos lepas, beliau berkata terdapat sebanyak 68 negara yang terlibat.

“Pemantauan berterusan untuk mengesan jangkitan Zika masih dilakukan oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan dan juga Institut Penyelidikan Perubatan,” katanya.

Beliau berkata dari Jun 2015 hingga 6 Ogos lepas, sebanyak 672 sampel telah diuji dan tiada jangkitan virus Zika yang dikesan setakat ini.

Selain itu, katanya saringan pelawat di pintu masuk antarabangsa negara masih diteruskan dan setakat ini tiada pelawat yang disyaki dijangkiti virus Zika. – BERNAMA

Tags: denggi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lonjakan Denggi Ancam Singapura

09/06/2022
0

SINGAPURA – Pemerintah Singapura menyatakan bahawa republik itu sedang berdepan dengan situasi kecemasan bagi wabak demam denggi selepas mencatatkan lonjakan...

Denggi Naik 70 Peratus, HFMD Masih Paras Amaran Di Selangor

13/05/2022
0

SHAH ALAM : Kes demam denggi di Selangor mencatatkan peningkatan 70 peratus iaitu sebanyak 9,357 kes dilaporkan setakat ini. Ikuti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd