• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPAM Bertukar Ke APM Mulai 1 September – Shahidan

oleh Ahmad Albab
22/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANJUNG MALIM – Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) akan ditukar menjadi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berkuat kuasa 1 Sept ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim.

Beliau berkata perkara itu telah dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah untuk mendapat tanda tangan selepas akta itu dibahas dan diluluskan di Parlimen dalam persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

“Insya-Allah pada 1 Sept ini ia akan diwartakan sebagai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia atau nama pendeknya APM,” katanya pada sidang media pada majlis Pentauliahan dan Perhimpunan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor Sispa) Peringkat Kebangsaan ke-7 di padang kawad Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Kampus Sultan Azlan Shah di sini hari ini.

Seramai 895 kadet Kor Sispa dari 12 buah universiti awam dan enam institusi pengajian tinggi swasta menerima pentauliahan mereka.

Menurut Shahidan, penjenamaan semula JPAM kepada APM sejajar dengan tugas dan peranan pasukan tersebut yang kini mempunyai keanggotaan melebih satu juta sukarelawan di seluruh negara.

“Disebabkan JPAM telah besar dari segi keanggotaannnya iaitu melebihi satu juta sukarelawan di seluruh negara, adalah tidak wajar ianya dijadikan jabatan lagi,” katanya.

Sahadan berkata walaupun elaun sedia ada kekal berikutan penukaran nama itu, namun pihaknya akan cuba berusaha memperjuangkan beberapa bentuk elaun tertentu yang belum dinikmati anggota JPAM.

“Oleh itu perbincangan akan diadakan dari semasa ke semasa bersama kerajaan bagi memastikan pasukan sukarelawan APM sama ada di peringkat siswa atau awam mendapat elaun sama seperti badan sukarelawan lain,” katanya.

Dalam pada itu katanya sudah menjadi amalan di kebanyakan negara di mana angkatan pertahanan awam itu adalah sebahagian daripada perlembagaan negara itu.

“Seperti di Singapura, di bawah Angkatan Pertahanan Awam terletak bomba dan lain-lain lagi. Ada sesetengah negara meletakkan (peranan) angkatan pertahanan awam mereka (lapisan) tertinggi dengan adanya polis dan tentera.

“Kita di Malaysia berasingan. Angkatan pertahanan awam merupakan lapisan ketiga keselamatan negara selepas tentera dan polis. APM merupakan barisan yang memberi perlindungan kepada orang awam dahulu,” katanya. – BERNAMA

Tags: JPAMShahidan Kassim
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

3 Remaja Ditahan Bersama Pil Eramin 5 Di George Town

Next Post

Banjir: 6 Keluarga Dipindahkan Di Melaka

Related Posts

‘Pemberi Maklumat Perlu Dilindungi, Akta Kebebasan Maklumat Tak Boleh Dibuat Tergesa-gesa’

Dewan Rakyat Kecoh Shahidan Dakwa Jimmy Puah Sokong Israel

30/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat kecoh seketika selepas Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) mendakwa Jimmy Puah (PH-Tebrau) mengeluarkan kenyataan menyokong Israel....

Shahidan Kemuka Usul Tergempar Benarkan Pengeluaran Bersasar KWSP

Shahidan Kemuka Usul Tergempar Benarkan Pengeluaran Bersasar KWSP

20/02/2023
0

Kuala Lumpur : Biarpun usulnya ditolak Yang Dipertua Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim tetap komited mengusulkan...

Next Post

Banjir: 6 Keluarga Dipindahkan Di Melaka

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd