• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jenazah 3 Sekeluarga Dibunuh Dikebumi 1 Liang Lahad

oleh Ahmad Albab
27/08/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Jenazah tiga sekeluarga yang dibunuh dipercayai oleh penagih dadah tegar, dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Bertam Malim di sini, kira-kira 11.30 pagi ini.

Lebih 500 orang terdiri daripada anggota keluarga, kenalan dan orang ramai hadir pada upacara pengebumian jenazah pasangan suami isteri, Hassan A.Wahab, 70, dan Mariah Baharin, 60, dan anak lelaki mereka Muhammad Taufeq, 22.

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Othman Muhammad; Ketua Polis Melaka, Datuk Ramli Din; Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah dan beberapa pemimpin masyarakat di negeri itu.

Suasana pilu menyelubungi mereka yang berada di tanah perkuburan tersebut yang ketika itu turut hujan lebat.

Jenazah sebelum itu dibawa ke Masjid Al-Faizin, Kampung Bertam Malim di sini dari Hospital Melaka untuk disembahyangkan kira-kira 10.30 pagi diimamkan oleh imam masjid berkenaan Rashid Mohd Yusof.

Tiga sekeluarga itu dibunuh dalam kejadian di Kampung Bertam Malim di sini kira-kira 6.30 pagi semalam dan suspeknbagaimanapun telah ditahan polis di Masjid Bukit Rambai di sini kira-kira 11 pagi semalam.

Dua lagi anak pasangan itu, Noor Haslinda Diyana, 26; dan Nuraqedah Aeina, 24; turut cedera parah dalam kejadian itu sedang dirawat di Hospital Melaka. – BERNAMA

Tags: jenazahkes bunuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kecoh Di Tanah Perkuburan, Dakwaan Permit Jenazah Ditahan Jadi Tumpuan

Kecoh Di Tanah Perkuburan, Dakwaan Permit Jenazah Ditahan Jadi Tumpuan

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub AMPANG – Satu insiden membabitkan urusan pengebumian jenazah di sebuah tanah perkuburan di Ampang mencetuskan kekecohan selepas keluarga...

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd