• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Buat Spekulasi Tentang Gejala Rasuah Di Melaka

oleh Ahmad Albab
22/08/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron meminta orang ramai terutama penduduk Melaka agar tidak membuat sebarang spekulasi tentang gejala rasuah di negeri ini.

Beliau berkata, mereka sebaliknya hendaklah menyokong usaha kerajaan negeri dalam membendung gejala tersebut.

Sehubungan itu, katanya, semua pihak diminta memberi kerjasama kepada pihak berkuasa terutama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam melakukan siasatan terhadap gejala rasuah dan seterusnya memastikan kerajaan negeri dapat memberikan perkhidmatan berintegriti kepada rakyat.

“Jika sahih ada berlaku pengamalan rasuah saya tidak akan mengizinkan pegawai seperti ini ditempatkan di Melaka.

“Kerajaan negeri serius menangani isu rasuah di negeri ini kerana kita mahukan kerajaan yang berintegriti dan bermaruah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri Melaka dianjurkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka di sini hari ini.

Idris mengulas penahanan seorang pegawai kanan kerajaan yang bertugas di negeri ini bergelar ‘Datuk’ 15 Ogos lepas bagi membantu siasatan kes rasuah.

Beliau berkata kerajaan negeri juga sentiasa mengadakan program kerjasama dengan SPRM bagi membendung gejala rasuah di negeri ini.

Sementara itu, Pengarah JPJ Melaka Mohd Fadhil Hassan yang hadir di majlis itu berkata sebanyak 146 kenderaan klon telah disita antara Januari dan Julai tahun ini dan 31,459 saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan di negeri ini dalam tempoh sama. – BERNAMA

Tags: Idris Haronrasuah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam bertajuk 'Amanah Membina Maruah Ummah' membangkitkan...

Akmal Saleh Kemuka Saman Fitnah Dituduh Rasuah, Ekstremis

Akmal Saleh Kemuka Saman Fitnah Dituduh Rasuah, Ekstremis

01/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh akan mengemukakan saman fitnah terhadap seorang tokoh politik DAP...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd