Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Motosikal Bertembung, Dua Remaja...

BAGAN SERAI - Dua penunggang motosikal maut setelah motosikal yang dinaiki bertembung dalam...

Misi Kedua Bawa Pulang...

PUTRAJAYA - Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, seramai 75 warganegara...

Palestin Dilanda Cuaca Panas...

BAITULMAQDIS -  Awal tahun ini Israel selain dua wilayah Palestin iaitu Tebing Barat...

Tengkujuh Tak Jejas ‘Taman...

KUALA BERANG - Belajar daripada pengalaman semasa musim tengkujuh di awal kewujudan Taman...

Jangan Biarkan Diri Dikuasai Aplikasi ICT – Salleh

KOTA BELUD – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mengingatkan rakyat agar tidak membiarkan diri mereka dikuasai sesetengh aplikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) sebaliknya, mereka perlu menguasai aplikasi berkenaan.

Salleh berkata terdapat aplikasi ICT tertentu yang amat baik dan bermanfaat kepada rakyat kerana ia membantu dalam aspek pembangunan sosioekonomi sekiranya masyarakat menguasai dan menggunakanya dengan sebaik mungkin.

Namun, katanya kemudahan itu boleh bertukar menjadi tidak baik apabila teknologi berkenaan mula menguasai individu atau masyarakat.

“Kita perlu hati-hati. Kemudahan seperti ini kita perlu kuasai. Jangan pula dia kuasai kita. Kalau kemudahan ini menguasai kita, di situlah timbul banyak masalah.

“Kadang-kadang kita percaya segala-galanya. Ada yang menggunakan aplikasi ini untuk menanamkan fitnah dan tohmahan. Kita tanpa usul periksa, terima bulat-bulat. Akhirnya, kemudahan itu menguasai pemikiran kita dan bukan kita menguasai kemudahan itu,” katanya.


Salleh berkata demikian ketika berucap merasmikan Komuniti Pintar Kota Belud di sini hari ini.

Inisiatif Komuniti Pintar Kota Belud berkenaan dilaksanakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC). Turut hadir, Pengerusi MCMC Datuk Seri Dr Halim Shafie. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • ICT

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori