• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AGC Rayu Hukuman Penjara Penceroboh Lahad Datu

oleh Ahmad Albab
22/08/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Jabatan Peguam Negara (Attorney General Chambers – AGC) telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap sembilan penceroboh warga Filipina yang terlibat dalam serangan Lahad Datu.

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata notis rayuan difailkan pada 27 Julai lalu, iaitu sehari selepas keputusan itu dibuat kerana berpendapat hukuman oleh Hakim Stephen Chung itu tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

“Dalam peruntukan undang-undang, kesalahan itu boleh dihukum mati. Jadi kita akan merayu supaya (mereka) dikenakan hukuman mati atau sekurang-kurangnya hukuman mati ke atas ketua mereka,” katanya.

Mohamed Apandi ditemui selepas merasmikan Persidangan Pendakwaan Tahun 2016 di Pusat Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini, yang disertai 465 Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dari seluruh negara.

Pada 26 Julai lalu, Chung memerintahkan sembilan tertuduh dalam kes pencerobohan Lahad Datu menjalani hukuman penjara seumur hidup selepas didapati bersalah melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Mereka ialah Atik Hussin Abu Bakar, 45, Basad H. Manuel, 41, Ismail Yasin, 76, Virgilio Nemar Patulada @ Mohammad Alam Patulada, 52, Salib Akhmad Emali, 63, Al Wazir Osman, 61, Tani Lahaddahi, 63, Julham Rashid, 69, dan Datu Amir Bahar Hushin Kiram, 53.

Dalam perkembangan lain, Mohamed Apandi mengalu-alukan penubuhan Mahkamah Khas Siber bermula 1 Sept ini kerana dapat mempercepatkan perjalanan kes berkaitan jenayah siber yang lazimnya mengambil masa selama setahun untuk diselesaikan.

“Kami juga akan mengkaji keperluan untuk menubuhkan unit siber tetapi setakat ini, kami sudah mempunyai timbalan pendakwa raya di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Unit Komersial dan Siber yang diketuai Abdul Rashid Daud.

“Kami juga akan memberi latihan kepada timbalan pendakwa raya sedia ada bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka berkaitan undang-undang jenayah siber dengan memanggil pakar termasuk dari luar negara,” katanya.

Mohamed Apandi menambah pihaknya juga akan memberi nasihat berhubung siasatan jenayah siber kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana kesalahan jenayah siber merupakan antara kesalahan yang agak sukar dibuktikan.

Sementara itu, pada ucapannya Mohamed Apandi menegaskan beliau amat menitikberatkan soal integriti pegawai khususnya TPR dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas jika ada di antara mereka melakukan kesalahan rasuah.

“Jangan kita pula yang membuka pintu kepada mana-mana pihak untuk mencemarkan lagi nama baik Jabatan Peguam Negara,” katanya.

Mohamed Apandi juga berharap semua TPR dapat menghadapi dugaan, cabaran dan ancaman dalam tugasan dengan baik dengan mencontohi semangat mendiang Datuk Anthony Kevin Morais yang ‘gugur semasa menjalankan tugas’. – BERNAMA

Tags: Ketua Peguam Negaralahad datu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Lahad Datu Genap 13 Tahun Masih Segar Dalam Ingatan

Tragedi Lahad Datu Genap 13 Tahun Masih Segar Dalam Ingatan

04/03/2026
0

AL-FATIHAH... Tidak pernah dilupakan detik hitam yang menguji kedaulatan negara apabila pencerobohan bersenjata berlaku di Lahad Datu, Sabah. Peristiwa pada...

Bahaya Kabel Halus di Laluan Kampung Puyut, Rider Cedera Ringan

Bahaya Kabel Halus di Laluan Kampung Puyut, Rider Cedera Ringan

28/09/2025
0

Bahaya Kabel Halus di Laluan Kampung Puyut, Rider Cedera Ringan Lahad Datu, 28 Sept – Orang ramai khususnya penunggang motosikal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd