• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Itali Izin Wanita Muslimah Pakai Burkini Di Pantai Awam

oleh
18/08/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ROME – Kerajaan Itali tidak akan mengikut jejak Perancis, Austria dan Jerman sebaliknya masih lagi membenarkan pemakaian burkini oleh wanita Muslimah yang ingin berenang di pantai-pantai awam di seluruh negara tersebut.

Sungguhpun demikian, pemerintah Itali merancang untuk memperketatkan lagi peraturan ke atas pelantikan jawatan imam dan kawal selia urus tadbir masjid, menurut Menteri Dalam Negeri Itali, Angelino Alfano ketika bercakap kepada pihak media tempatan pada 17 Ogos.

Beliau malah memberitahu akhbar terkenal Corriere della Sera bahawa Rome menyifatkan sekatan dikenakan masing-masing oleh Paris, Vienna dan Berlin terhadap pakaian Muslimah sebagai amat tidak produktif kerana ia boleh mencetuskan tidak balas yang lebih negatif.

“Tanggungjawab Kementerian Dalam Negeri ialah menjaga keselamatan Itali dan memutuskan agar tindakan kami itu pula tidak akan mengundang sebarang tindak balas yang negatif seperti serangan berdarah berlaku di beberapa negara Eropah sendiri,” kata Alfano.

Apabila ditanya mengenai pengharaman terhadap pemakaian burkini di beberapa tempat peranginan tepi laut di Perancis, Austria dan Jerman baru-baru ini, beliau menambah: “Saya tidak fikir model di negara tersebut dapat membuahkan hasil untuk mereka sendiri.”

Alfano bagaimanapun merancang untuk mengusulkan undang-undang keselamatan baharu pada September depan dan mendedahkan bahawa beliau mahu semua imam yang mengajar dan menyampaikan ceramah agama di masjid-masjid tempatan mesti dilatih di Itali.

masjid
Moschea Roma, masjid terbesar di benua Eropah. – Gambar hiasan

Baca: Di Sebalik Nahas Bot Karam, Islam ‘Subur’ Di Itali

“Semua masjid perlu patuh undang-undang baharu ini. Cukuplah dengan ada masjid yang tiba-tiba muncul di garaj,” tegas beliau merujuk kewujudan banyak masjid baharu yang tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa tempatan dan berbahaya dari segi keselamatan jemaah.

Alfano setakat ini sudah menghantar pulang sembilan imam warga asing ke negara asal mereka kerana dipercayai cuba menyebarkan fahaman radikal kepada umat Islam di Itali sejak awal tahun ini dalam usaha mengekang penularan ideologi kumpulan pengganas Daesh.

Beliau turut mempertahankan pendekatan keras tersebut, yang meskipun tidak menimbulkan sebarang isu kontroversi di Itali malah disambut baik majoriti masyarakat Muslim tempatan, namun perlu diambil bagi mengurangkan risiko radikalisme daripada merebak.

Menurut Alfano, beliau perlu bersikap “praktikal kerana terdapat lebih 1.5 juta Muslim di seluruh Itali dan saya tentu sekali tidak boleh menganggap mereka sebagai pengganas atau penyokong pengganas kerana andaian prasangka tersebut memang agak keterlaluan“.

Islam tiba di Itali seawal kurun ke-9 dan kini dianggarkan 10,000 orang memeluk Islam setiap tahun di negara majoriti Kristian itu waima masjid terbesar di benua Eropah, Moschea Roma dengan kapasiti 12,000 jemaah terletak di ibu kota Itali. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: burkiniItali
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jangan Gusar Prestasi Akademik Anak Sederhana

Next Post

Apabila PokéStop Dan Gym Ada Di Lokasi Syirik….

Related Posts

Kelantan Dijangka Banjir Pada Bila-bila Masa – MB

Bekas Presiden Itali, Giorgio Napolitano Meninggal Dunia

23/09/2023
0

ROM: Bekas Presiden Itali, Giorgio Napolitano dilaporkan meninggal dunia pada usia 98 tahun. Ahli-ahli politik Itali memberi penghormatan terakhir kepada...

Bekas PM Itali, Silvio Berlusconi Meninggal Dunia Akibat Kanser Darah

Bekas PM Itali, Silvio Berlusconi Meninggal Dunia Akibat Kanser Darah

12/06/2023
0

MILAN: Bekas Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi meninggal dunia, hari ini, pada usia 86 tahun. Ikuti Mynewshub: Telegram Beliau sebelum ini...

Next Post

Apabila PokéStop Dan Gym Ada Di Lokasi Syirik....

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd