• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hubungan Saya Dengan Jokowi Sangat Rapat

oleh Ahmad Albab
06/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata hubungannya dengan Presiden Joko Widodo atau lebih mesra dengan panggilan Jokowi adalah sangat rapat dan selesa untuk bekerjasama bagi memperkukuhkan lagi hubungan Malaysia-Indonesia.

“Saya sangat senang dengan Jokowi. Saya lihat keterbukaannya, saya lihat keikhlasannya. Dalam banyak isu kami mempunyai perspektif yang sama,” katanya dalam wawancara eksklusif dengan Metro TV, di sini malam tadi.

Katanya, beliau mengenali Jokowi sebagai “people’s man” atau mengutamakan rakyat sebelum menjadi presiden lagi dan setelah menjadi presiden sedar betapa pentingnya bagi kedua-dua buah negara bekerjasama seerat mungkin.

Beliau berkata walaupun terdapat beberapa isu antara dua negara yang harus diselesaikan seperti masalah perbatasan maritim dan penangkapan nelayan Malaysia oleh pihak berkuasa Indonesia namun ia diselesaikan secara baik dan tidak menjejaskan hubungan antara kedua-dua negara.

“Walaupun ada beberapa masalah misalnya, kita harus mencari penyelesaian yang tuntas dalam soal perairan maritim, soal nelayan kita yang ditangkap oleh Indonesia. Ini isu praktikal yang tidak membawa hambatan (rintangan terhadap) hubungan Indonesia dan Malaysia,” katanya.

Ditanya mengenai penerimaan rakyat terhadap kepimpinannya sebagai perdana menteri, Najib berkata setakat ini beliau bersyukur kerana apabila turun padang ramai yang memberi sambutan kepadanya.

“Saya berjumpa dengan rakyat dan saya melihat sambutan agak hangat bila saya turun dan Alhamdulillah sehari dua ini dari segi hubungan dengan rakyat saya rasa senang hati. (Walaupun ada pelbagai tuduhan) itu biasa dalam politik, itu adat resam politik tetapi hakikatnya kita mesti mendapat sokongan dan keyakinan rakyat jelata,” katanya.

Perdana menteri berkata walaupun beliau terpaksa mengambil tindakan yang tidak popular seperti langkah rasionalisasi subsidi minyak, tetapi beliau yakin akhirnya rakyat akan memahami tindakan itu adalah keputusan yang tepat untuk kepentingan negara.

Ditanya mengenai kejayaan Malaysia membanteras aktiviti pengganas, Najib berkata ia adalah kerana Malaysia percaya kepada tindakan ‘pre-emptive’ atau pencegahan awal dengan memberi kuasa kepada mahkamah untuk menjatuhkan hukuman.

“Kita perlu melakukan (membanteras keganasan) melalui berbagai cara.

Pertamanya kita mesti menyedari ia adalah sebagai suatu ancaman yang nyata dan berikan kuasa pre-emptive kepada pihak berkuasa untuk ambil tindakan, jangan beri kuasa pre-emptive kepada eksekutif,” katanya.

Katanya, dengan cara itu pihak berkuasa dapat menahan sesiapa sahaja yang disyaki cuba melakukan aktiviti pengganas dan membawa bukti itu ke mahkamah tanpa menunggu seuatu untuk berlaku.

Beliau berkata, jika kerajaan menunggu sesuatu untuk berlaku dan baru hendak mengambil tindakan, ia pastinya sudah terlambat serta telah memberi kesan buruk kepada masyarakat dan negara. – BERNAMA

Tags: JokowiNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rasulullah Bijak Buat Keputusan – Sindir PAN

Next Post

Siap Dibina, Masjid Perodua Rawang Sedia Digunakan

Related Posts

Jokowi Makan Di Warung Kaki Lima

Jokowi Makan Di Warung Kaki Lima

02/06/2023
0

JOGJAKARTA – Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) makan di warung kaki lima yang menjadi legenda di Jogjakarta milik Pak Pele...

Jokowi Dakwa Kadar Inflasi Negara Semakin Baik Walaupun Harga Minyak Naik

Jokowi Dakwa Kadar Inflasi Negara Semakin Baik Walaupun Harga Minyak Naik

12/10/2022
0

JAKARTA – Presiden Joko Widodo (Jokowi) berkata bahawa kadar inflasi di Indonesia masih terkawal walaupun selepas kenaikan harga bahan api...

Next Post

Siap Dibina, Masjid Perodua Rawang Sedia Digunakan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd