• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

HFMD: 9 Taska Di Terengganu Diarah Tutup Sejak Mei Lalu

oleh Ahmad Albab
24/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Sembilan buah taska di Terengganu telah diarah tutup selama 10 hari berikutan penularan wabak penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) yang mula menunjukkan trend peningkatan sejak Mei lalu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu Dr Mohammad Omar berkata arahan penutupan secara berperingkat mulai Mei itu melibatkan tiga buah taska di Marang, tiga lagi di Setiu, dua di Kuala Terengganu dan satu di Besut.

“Sebanyak 401 kes HMFD telah dilaporkan di negeri ini sejak Januari hingga 20 Ogos lalu berbanding 147 kes sahaja bagi tempoh yang sama tahun lalu, iaitu peningkatan sebanyak 172.8 peratus.

“Daripada jumlah itu, daerah Setiu mencatat kes tertinggi iaitu 73 kes diikuti Kuala Terengganu dan Dungun (masing-masing 70 kes), Marang (60), Kuala Nerus (43), Hulu Terengganu (33), Besut (29) dan Kemaman (23),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat pemeriksaan di Taska Permata Keluarga Batu Buruk di sini hari ini yang turut dihadiri Timbalan Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) Terengganu, Ramlah Idris.

Taska itu diarah tutup selama 10 hari sejak minggu lepas setelah 14 bayi berusia antara lapan hingga 18 bulan dijangkiti wabak itu.

Dr Mohammad berkata sepanjang tempoh penutupan, pihak taska diminta supaya membersihkan persekitaran taska seperti tempat letak bayi, permainan dan semua peralatan yang digunakan.

“Kakitangan jabatan turut membantu memberi tunjuk ajar kepada kakitangan taska untuk membuat pembersihan yang sepatutya bagi mengelak wabak ini berulang lagi di masa akan datang.

“Petugas jabatan juga telah turun padang membuat pemeriksaan mengejut di taska yang disyaki menjadi tempat penularan wabak di seluruh negeri dan arahan penutupan dikeluarkan sekiranya terdapat bayi di taska itu telah dijangkiti HFMD,” katanya.

Penularan HFMD di Terengganu juga telah melepasi paras amaran pada minggu yang ke-11 tahun ini. Bagaimanapun beliau menegaskan HFMD tidak akan menyebabkan kematian namun dikhuatiri mangsa mengalami komplikasi sampingan yang boleh membawa maut sekiranya tidak mendapat rawatan awal.

Sementara itu, Ramlah berkata pihaknya telah melakukan rutin kebersihan harian seperti yang ditetapkan Jabatan Kesihatan di semua 65 taska milik YPKT di seluruh negeri, namun wabak yang berlaku adalah di luar kawalan.

“Kadang-kadang, ada ibu bapa yang dah tahu anak mereka ada simptom HFMD, namun tetap hantar anak mereka ke taska dan ini yang menyebabkan penyebaran wabak di taska.

“Ketika ini, kami akan melakukan pemeriksaan fizikal terhadap bayi dan kanak-kanak yang dihantar sebaik sahaja mereka sampai di taska pada waktu pagi dan seterusnya pemeriksaan dibuat pada tengah hari.

“Malah, sebelum pulang, sekali lagi kita akan periksa fizikal mereka bagi memastikan mereka semua bebas daripada simptom HFMD,” katanya menegaskan semua guru dan pekerja taska telah bekerjasama dengan kakitangan jabatan untuk membasmi wabak tersebut di taska YPKT yang dijangkiti HFMD. – BERNAMA

Tags: HFMDTerengganu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpesan kepada pelajar tahfiz supaya sentiasa berpegang pada prinsip tabayyun. Menurut...

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

25/05/2025
0

Kuala Terengganu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu merekodkan sebanyak 338 kes membabitkan pelbagai kesalahan dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd