• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hati Rita Rudaini Sayu Baca Karangan Anak

oleh AK-47
16/08/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETELAH bercerai dengan pemain bola sapak Aidil Zafuan, umum mengetahui pelakon Rita Rudaini gigih membesarkan dua cahaya matanya iaitu Airit Rayyan Rizqin, 7, dan Airit Qaqa Arjuna, 5,  berseorangan.

Walaupun bergelar ibu tunggal, Rita Rudaini ternyata berusaha sebaik mungkin menjaga dan memberikan kasih sayang buat anak-anaknya.

Hati Rita Rudaini Sayu Baca Karangan Anak

Hati Rita Rudaini Sayu Baca Karangan Anak

Buktinya, Rayyan iaitu anak sulung Rita baru-baru ini telah menulis satu karangan Bahasa Inggeris mengenai ibunya.

Rita turut memuat naik gambar karangan itu menerusi laman Instagramnya.

Hati Rita Rudaini Sayu Baca Karangan Anak

Dalam karangan kanak-kanak itu, Rayyan menulis bahawa ibunya merupakan pelakon, suka warna putih, setiap hari memasak untuknya, dan menjaga dia serta adiknya dengan baik.

Penulisan itu ternyata membuatkan hati Rita berasa gembira bercampur sayu.

“Baru sampai rumah, penat, letih, stress dan sedih. Tapi semuanya terubat apabila membaca karangan ini.

“Cikgu Ryan tunjuk dan beritahu hari ini kena buat karangan tentang ibu. Kena lukis ibu… tapi Ryan lukis tiga orang..

“Cikgu bagi tahu Ryan jawab ‘lukis tiga orang baru cukup’. Mommy gembira sangat tapi hati mommy sayu… hati anak mommy baik,” tulis Rita dalam kapsyennya.

Gambar tersebut turut meruntun hati ramai peminat yang membacanya hinggakan mendapat lebih dari 21 ribu ‘likes’.

Rita yang juga pemilik restoran Kueh sudah empat tahun bergelar ibu tunggal.

Bekas suaminya, Aidil telah pun mendirikan rumah tangga dengan Zarema dan mempunyai seorang cahaya mata hasil perkahwinan itu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Rita Rudaini
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Anak Rita Kena Buli, Seluar Dilondeh

23/11/2019
0

KUALA LUMPUR - Pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa kesal apabila anaknya, Airit Rayyan Rizqin dibuli di sekolah gara-gara tidak melawan....

Netizen Mohon Maaf Kepada Rita Rudaini

31/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Pelakon Rita Rudaini akhirnya menarik nafas lega selepas dua individu yang menulis komen berniat jahat terhadap dia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd