• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Barangan Terus Dipantau Walau Di Luar Musim Perayaan

oleh Ahmad Albab
20/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kawalan, pemantauan dan pemeriksaan ke atas harga barangan keperluan serta penguatkuasaan undang-undang tetap dilaksanakan walaupun di luar musim perayaan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Henry Sum Agong berkata ia bagi memastikan harga barangan sentiasa stabil dan tidak dinaikkan sewenang-wenangnya biarpun tempoh penguatkuasaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan telah berlalu.

“Dalam memastikan harga barang berada pada paras yang ditetapkan, pemeriksaan ke lokasi-lokasi jualan barangan keperluan yang menjadi tumpuan orang ramai, sama ada oleh menteri, timbalan menteri bersama pegawai penguat kuasa kementerian tetap dan akan dilakukan secara berterusan dari semasa ke semasa.

“Bagi memastikan pemantauan lebih efisien, kementerian juga menggunakan khidmat pegawai kontrak atau ‘Friend of KPDNKK’ untuk melakukan pemantauan ke atas harga barangan selain pemeriksaan oleh pegawai penguat kuasa sedia ada,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui sewaktu membuat lawatan pemeriksaan di Pasar Awam Presint 8 dan MyFarm Outlet di sini hari ini.

Skim Kawalan Harga Musim Perayaan bersempena Aidilfitri membabitkan 21 jenis barangan, antaranya ayam, telur ayam dan daging telah berakhir pada 6 Julai lepas, selepas dikuatkuasakan selama 21 hari bermula dari 16 Jun.

Dalam pada itu, Henry berkata sebanyak 22,402 premis perniagaan penjualan ayam pedaging meliputi kedai runcit, ladang dan pasar borong telah diperiksa dalam tempoh 14 Julai hingga 16 Ogos lepas membabitkan nilai rampasan serta kompaun berjumlah RM4,446.

Daripada jumlah itu, 31 pemeriksaan adalah hasil daripada aduan pengguna iaitu 29 bagi premis runcit dan dua borong, katanya.

Henry berkata sebanyak 118 notis mengikut Seksyen 21(5) Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 juga turut dikeluarkan, manakala tujuh kes telah dibawa ke mahkamah untuk tindakan lanjut.

Beliau juga menyeru pengguna supaya menyalurkan aduan ke talian bebas tol KPDNKK 1-800-886-800 atau e-mel ke [email protected] sekiranya mendapati ada peniaga yang menjual barangan melebihi harga maksimum serta tidak meletakkan tanda harga pada barangan yang dijual. – BERNAMA

Tags: Harga BarangKPDNKK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Berita Palsu Kenaikan Harga Barang, Harga Minyak Langkah Khianat Negara – PM Anwar

Berita Palsu Kenaikan Harga Barang, Harga Minyak Langkah Khianat Negara – PM Anwar

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Penyebaran berita palsu mengenai kenaikan harga minyak dan harga barang merupakan langkah khianat kepada rakyat dan negara....

Kesan Konflik Asia Barat Sudah Terasa, Rakyat Diminta Tidak Panik

Kesan Konflik Asia Barat Sudah Terasa, Rakyat Diminta Tidak Panik

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri, Tengku Zafrul Abdul Aziz menegaskan bahawa kesan konflik di Asia Barat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd