• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hakim, Jeneral, Polis Filipina Terbabit Dadah

oleh Ahmad Albab
09/08/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MANILA – Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, yang hari ini mengumumkan secara terbuka pembabitan lebih 150 pegawai kanan kerajaan, termasuk hakim, datuk bandar, ahli politik, polis dan tentera dalam kegiatan berkaitan dadah, mengarahkan mereka menyerah diri untuk siasatan serta melucutkan jawatan tentera dan polis terbabit.

Dalam ucapan yang disiarkan televisyen, Duterte yang melancarkan perang terhadap dadah sejak mula berkuasa sebulan lalu, juga mengarahkan semua pengawal peribadi ahli politik yang berada dalam senarai itu ditarik balik serta membatalkan lesen senjata api mereka.

“Semua anggota tentera dan polis yang ditugaskan kepada mereka (ahli politik terbabit), saya beri masa 24 jam kepada anda untuk melaporkan diri kepada unit masing-masing atau saya akan tamatkan perkhidmatan anda,” katanya berucap di pangkalan tentera di Davao.

Menurutnya, sejauh mana pembabitan mereka yang namanya berada senarai diberi kepadanya oleh tentera dan polis belum dipastikan namun Duterte berkata, menjadi tugasnya mengumumkan kepada rakyat dalam usaha memerangi dadah.

“Anda tidak boleh menghalang saya dan saya tidak takut walaupun anda kata saya boleh dipenjarakan,” katanya.

Senarai itu yang menurut Duterte, turut mengandungi nama rakan-rakannya dan sudah disahkan pihak berkuasa namun tidak mempunyai bukti sejauh mana pembabitan mereka. Ia termasuk lapan hakim, lima jeneral (sebahagiannya sudah bersara) manakala selebihnya datuk bandar dan polis.

Perang terhadap dadah oleh pasukan keselamatan atas arahan Duterte menyaksikan lebih 400 orang yang didakwa pengedar besar dan kecil dibunuh, 4,400 lagi ditahan dan hampir 6,000 menyerah diri bagi mengelak dibunuh. – AP/myMetro Online

Tags: Filipinakes dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid

3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid

02/09/2025
0

KOTA KINABALU: Polis menahan tiga lelaki dalam dua serbuan berasingan di Ranau dan Telupid, dekat sini pada 28 Ogos lalu,...

Polis Masih Siasat Kes Anak Bekas PM Ditahan Kes Dadah

Polis Masih Siasat Kes Anak Bekas PM Ditahan Kes Dadah

31/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis masih menyiasat kes membabitkan anak bekas seorang Perdana Menteri selepas sejumlah dadah ditemui dalam keretanya di Lebuh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd