Friday, January 17, 2025

Creating liberating content

Penolong Pegawai Perubatan Rentung...

KUALA LUMPUR: Wanita yang rentung dalam kemalangan dua kereta di Kilometer 10.8 Lebuhraya...

Awas! 18 Suspek Dikehendaki...

KOTA KINABALU - Pasukan keselamatan Sabah mengemaskini senarai yang dikehendaki yang merupakan penjenayah...

Thaipusam Disambut Meriah Oleh...

KUALA LUMPUR - Sambutan Thaipusam yang diadakan bersempena memperingati kelahiran Dewa Murugan hari...

MP PAN ‘Berehat’ Lepas...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin kini direhatkan di Unit...

Haji, Umrah Kali Kedua Ke Atas Kena Caj 2,000 Riyal

RIYADH – Bermula Oktober depan, mereka yang ingin mengerjakan ibadah haji dan umrah untuk kali kedua, akan dikenakan yuran kemasukan sebanyak 2,000 riyal atau RM2,128.

Menurut laporan media tempatan, ia merupakan antara peraturan baharu berhubung semakan ke atas yuran visa haji dan umrah, sekali gus bermakna hanya untuk jemaah kemasukan kali pertama dikecualikan apa-apa bayaran.

Bagaimanapun langkah itu dijangka menjadikan kos jauh lebih tinggi bagi masyarakat Muslim berbanding sekarang dan mungkin menjejaskan agensi pelancongan yang menjadikan umrah sebagai sumber perniagaan utama mereka.

Peraturan terkini itu diumumkan pada mesyuarat Majlis Menteri-Menteri Arab Saudi yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Putera Mahkota Muhammad Bin Naif.

Menurut portal berita Arab News, Kabinet negara itu membuat keputusan tersebut berdasarkan saranan daripada Kementerian Kewangan serta Kementerian Ekonomi dan Perancangan bagi meningkatkan hasil bukan minyak.

Laporan itu menyatakan bahawa caj baharu tersebut hanya akan berkuat kuasa mulai 2 Oktober ini namun jemaah umrah dan haji buat kali pertama bagaimanapun masih tidak akan dikenakan sebarang yuran visa berkenaan.

Memandangkan kebanyakan orang Islam cuma melaksanakan ibadah fardu haji sekali seumur hidup, semakan caj tersebut dijangka lebih menjejaskan jemaah umrah yang mahu melakukan ibadat sunat itu lebih daripada sekali.


Kabinet Arab Saudi turut memutuskan bahawa pelawat asing akan dikenakan caj 3,000 riyal (RM3,192) untuk visa selama enam bulan, manakala 5,000 riyal (RM5,320) tempoh setahun dan 8,000 riyal (RM8,511) jika dua tahun.

Turut dikenakan bayaran ialah penduduk di Arab Saudi yang mahu memohon visa kemasukan semula dan keluar akan dikenakan yuran sebanyak 200 riyal (RM213) untuk satu perjalanan dalam tempoh masa dua bulan.

Langkah terbaharu berkenaan dijangka membentuk 20 hingga 50 peratus daripada keseluruhan kos perjalanan untuk jemaah asing yang berhasrat melaksanakan ibadah umrah secara berulang kali pada setiap tahun.

Yuran visa itu juga dijangka meningkatkan kos operasi agensi pengembaraan yang menghantar pegawainya untuk mengiringi kumpulan rombongan jemaah umrah apabila perlu ke Tanah Suci berapa kali dalam masa setahun. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori