• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gosip Peluk Islam Buat Isteri Acappan Terluka

oleh AK-47
16/08/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GARA-GARA kesilapan netizen tertentu menyebarnya berita palsu menyatakan dirinya telah memeluk Islam, pelawak dan pelakon Accapan pula yang terpaksa menerima akibatnya.

Perkara tersebut didedahkan oleh Acappan yang mendakwa keluarganya masih berasa sedih dan trauma terhadap berita itu meskipun dia sudah berusaha menjelaskan segalanya.

Gosip Peluk Islam Buat Isteri Acappan Terluka

Menurut Acappan atau nama sebenarnya, Samynathan Rethinan, 58, sukar buat dirinya untuk memulihkan kepercayaan keluarga setelah tersebarnya gosip itu.

“Isteri saya seolah-olah sudah tidak percaya kepada saya lagi dan hatinya masih terluka dengan laporan saya kononnya sudah menukar agama. Agak sukar untuk memujuk dia yang sedang merajuk,” katanya.

Pada masa yang sama, Acappan menjelaskan bahawa keputusan untuk menukar sesebuah agama bukanlah satu perkara mudah sebaliknya dia perlu memikirkan banyak perkara dan sensitiviti pihak-pihak tertentu.

“Saya tak nafikan banyak bercampur dengan rakan-rakan beragama Islam dan mempunyai pengetahuan mengenai agama itu namun belum terbuka hati ke arah memeluk Islam.

“Apabila foto-foto saya di surau menjadi viral, ia bukan sahaja memberi tekanan kepada keluarga saya tetapi kepada diri saya sendiri.

“Anak lelaki senang sikit nak ‘handle’ tapi isteri dan anak perempuan saya, mereka tu seolah-olah tidak percaya kepada saya tetapi saya cuba untuk memujuk mereka,” katanya kepada mStar Online.

Khabar angin mengenai Acappan memeluk Islam tersebar selepas gambarnya berada di sebuah surau untuk berbuka puasa tersebar menjadi viral di media sosial. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Acappan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Berkat Ramadan, Pelawak Acappan Peluk Islam

13/06/2016
0

KEBERKATAN Ramadan tahun ini menyaksikan pelawak terkenal negara berbangsa India, Acappan selamat memeluk agama Islam, awal pagi tadi. Acappan atau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd