• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gila Mahalnya… Kendurian DAP RM3,000 Satu Meja!

oleh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JIKA sebelum ini, DAP sering mendakwa konon kerajaan menindas rakyat miskin apabila mengenakan cukai barang dan perkhidmatan (GST), malangnya ibarat paku dulang paku serpih, kata orang tapi dia pula yang lebih.

Parti itu mungkin terlupa, berbanding negara-negara lain, cukai kepenggunaan diperkenalkan Kastam sejak 1 April 2015 itu malah berkadar sifar untuk senarai lebih 300 produk pengguna, sebahagian besarnya bahan makanan yang amat diperlukan golongan miskin.

Malangnya, ketika DAP seronok memperkenalkan banyak cukai baharu di Pulau Pinang yang diperintahnya, parti berkenaan tergamak mengenakan bayaran mahal kepada orang miskin menerusi program kendurian atau parti besar makan durian anjurannya sendiri.

Aktiviti sempena sambutan Hari Kebangsaan itu yang konon bersifat kebajikan dikenali sebagai Impian Sabah, projek khas DAP untuk membantu penduduk luar bandar di negeri tersebut diadakan di gelanggang bola keranjang Jalan SS2/61, Petaling Jaya, Selangor.

Lazimnya kendurian anjuran agensi kerajaan terbuka percuma kepada semua atau dikenakan sedikit bayaran masih rendah berpatutan, tetapi kendurian DAP pula mewajibkan peserta membayar minimum RM59 seorang dan makan pula terhad selama sejam sahaja.

Lebih dahsyat, parti cauvinis itu turut menawarkan meja VIP bernilai RM3,000 sebuah yang boleh memuatkan maksimum 10 orang atau bermakna setiap peserta kena bayar RM300. Pelik kata nama program kebajikan tapi ini sudah seperti mencari keuntungan pula.

Gila Mahalnya... Kendurian DAP RM3,000 Satu Meja!

Baca: Mana Pergi Wang Tabung Derma Ceramah DAP?

Lagi: DAP Kecoh Heboh Bina Jalan 3 Kilometer Entah Di Mana

Juga: Kisah Boikot PPIM, Sumber Dana Rahsia DAP

Tidak pula diketahui kenapa harga mahal dikenakan walhal kos pemasangan sistem bekalan air graviti terhadap kira-kira 2,000 penduduk kampung Mukim Bungaraya, Keningau menerusi projek Impian Sabah anjuran DAP itu sebenarnya tidaklah sebesar mana pun.

Taktik simpati konon mahu menonjolkan parti tersebut sebagai miskin seperti mengulangi skrip sama ketika Pilihan Raya Sarawak ke-11 pada Mei lalu yang akhirnya terbongkar apabila tersebar cerita wang kutipan derma ceramah DAP digunakan untuk petugas sendiri.

Ia menjadi viral di bumi Kenyalang setelah terdedah rahsia tersembunyi yang agak mengejutkan sehingga menjadi bahan jenaka netizen dan mendakwa duit kutipan dibelanjakan petugas menikmati makanan mewah empuram, sejenis ikan segar paling mahal di Malaysia.

Sama ada ia betul atau sekadar tuduhan, persepsi konon DAP sebuah parti orang susah kini menimbulkan persoalan baharu. Lihat sahajalah bagaimana imej gaya mewah penampilan pemimpin parti itu mengalahkan lagak jutawan tetapi dipejamkan penyokong tegar mereka.

Hakikatnya penganjuran program kendurian dengan caj ‘gila’ mahal membuktikan inilah yang bakal dialami rakyat Malaysia jika DAP berkuasa kerana belum lagi berjaya memerintah negara, peserta awal-awal lagi sudah pun ditindas begitu kejam. – Mynewshub.cc/HAA

Tags: DAP
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jika Kami Menang, Car Free Zone 24 Jam Akan Dikaji Semula – DAP

Jika Kami Menang, Car Free Zone 24 Jam Akan Dikaji Semula – DAP

03/10/2026
0

MELAKA - Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong memberi jaminan dasar kawasan bebas kenderaan atau Car Free Zone (CFZ) di...

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

19/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Dr. Ong Kian Ming berpandangan parti itu perlu mengambil tindakan lebih tegas sekiranya isu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd