• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

George Town Tak Mudah Hilang Status Tapak Warisan

oleh Ahmad Albab
13/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – George Town World Heritage Incorporated (GTWHI) hari ini meredakan kebimbangan bahawa George Town boleh kehilangan status Tapak Warisan Unesco disebabkan oleh surat.

“Ia bukannya mudah untuk dianugerahkan status tapak Warisan UNESCO dan ia bukan mudah untuk dikeluarkan dari senarai status,” kata pengurus besarnya, Dr Ang Ming Chee ketika dihubungi.

Beliau ditanya mengenai surat yang dihantar oleh Penang Forum kepada ibu pejabat UNESCO di Paris yang menyuarakan kebimbangan bahawa Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) akan menimbulkan bahaya yang serius dan khusus kepada tapak warisan.

Penang forum, pertubuhan bukan kerajaan yang berpusat di Pulau Pinang mendakwa bahawa PTMP mengancam nilai universal tapak warisan dunia George Town.

Ang semalam melahirkan rasa kesal terhadap tindakan yang diambil oleh Penang Forum untuk memintas GTWHI sebagai pengurus tapak dan Jabatan Warisan Negara sebagai pihak berkuasa persekutuan bertanggungjawab terhadap tapak warisan.

“Tindakan ini menyebabkan pejabat saya berada dalam kedudukan yang sangat sukar dan saya berharap insiden seperti itu tidak berulang kerana saya mahu bekerjasama dengan semua pihak walaupun berbeza pendapat demi memelihara tapak tersebut.

“Saya sedang menulis laporan kepada Jabatan Warisan Negara menjelaskan situasi dan mereka perlu melaporkan kembali kepada ibu pejabat UNESCO,” kata beliau. – BERNAMA

Tags: Tapak Warisan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga Bangunan Di Perlis Diwartakan Sebagai Tapak Warisan

08/12/2021
0

KANGAR: Tiga bangunan di Perlis iaitu Istana Arau, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) lama dan Masjid Alwi diwartakan sebagai tapak...

Kerajaan Pahang Wartakan 32 Tapak Warisan – Exco

13/04/2017
0

KUANTAN - Kerajaan Pahang telah mewartakan 32 tapak warisan di seluruh negeri di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd