Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

10 Kes Baharu Covid-19...

SEPULUH kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis...

Kerajaan Hati-Hati Benar Rentas...

KUALA LUMPUR - Kebenaran merentas negeri berskala besar perlu dinilai secara berhati-hati supaya...

DAESH: 7 Anggota Tentera...

KUALA LUMPUR - Seramai tujuh anggota Tentera Darat ditahan sejak tahun lepas kerana...

Annuar Musa Serah Maklumat...

PUTRAJAYA - Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Tan Sri Annuar Musa hari ini...

Gempa Bermagnitud 4.0 Gegar Gunung Kinabalu

KOTA KINABALU – Gempa bumi bermagnitud 4.0 skala Richter menggegarkan kawasan sekitar Gunung Kinabalu, pada pukul 9.39 pagi, Jumaat, menurut laman sesawang rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia.

Pusat gegaran tersebut dikesan kira-kira 16 kilometer barat daripada Ranau namun ia hanya berlaku selama 3 saat, serta dapat dirasai di Ranau, Kota Kinabalu, Penampang dan Tuaran.

Malim gunung, Mollonius Tingdal berkata, terdapat beberapa orang pendaki gunung yang sedang dalam perjalanan turun daripada puncak Gunung Kinabalu apabila mereka merasakan gegaran di Pondok Paka (3,080 meter dari paras laut).

“Gegaran berlangsung selama 3 saat dan selepas memastikan keselamatan semua orang, kami menyambung semula perjalanan turun,” katanya kepada portal The Star Online.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Supritendan Mohd. Farhan Lee Abdullah berkata tiada lagi laporan dibuat berkenaan kerosakan atau kecederaan setakat ini.

“Kami sedang mengawal selia situasi ini,” tambahnya lagi.


Sementara itu, pekerja di sebuah hotel yang berlokasi di kaki gunung tersebut berkata hampir semua orang yang berada di dalam bangunan dapat merasakan gegaran gempa bumi tersebut dan bergegas keluar daripada hotel itu kerana takut jika perkara yang lebih teruk berlaku.

“Gegaran itu cukup kuat dan hampir sama dengan gempa bumi yang berlaku tahun lalu,” kata penyambut tetamu, Albanie Tracy.

“Keadaan menjadi normal tidak lama selepas itu, namun kami masih risau,” tambahnya lagi. - MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori