• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gambar Budak Syria Cedera Tarik Perhatian Dunia

oleh Ahmad Albab
20/08/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALEPPO – Gambar budak lelaki Syria berlumuran darah dan debu dalam keadaan terkejut yang duduk di dalam ambulans selepas serangan udara, menjadi simbol penderitaan orang awam di negara itu, yang menarik perhatian dunia.

Ketika kebimbangan antarabangsa memuncak, Russia yang menjadi sekutu kuat Presiden Bashar al-Assad berkata ia sedia menggantung serangan di bandar raya itu selama 48 jam bermula minggu depan.

Pengumuman yang dibuat semalam menyusul rayuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Kesatuan Eropah supaya pertempuran dihentikan di Aleppo bagi membolehkan bantuan kemanusiaan dihantar ke wilayah berkenaan.

Namun imej Omran, lima tahun, duduk kebingungan dan berlumuran darah dalam ambulans yang menggegarkan dunia, sama seperti gambar mayat Aylan Kurdi yang terdampar di pantai Turki, tahun lalu.

Omran berjaya dikeluarkan daripada runtuhan selepas serangan udara kelmarin di Daerah Qaterji di tenggara Aleppo, yang musnah akibat peperangan selama lima tahun.

Doktor yang merawat kecederaan di kepala Omran berkata dalam temubual, kanak-kanak itu bersatu semula dengan ibu bapanya dan semua anggota keluarga itu dipercayai selamat dalam serangan.

“Omran ketakutan dan kehairanan dan dia tidak menangis kerana terlalu terkejut.

“Omran bertuah kerana berpeluang menceritakan kisahnya kepada media tetapi setiap hari kami berhadapan dengan lebih ramai kanak-kanak yang cedera lebih teruk dan kisah hidup lebih buruk.

“Mereka hilang nyawa, hilang anggota badan atau lumpuh,” kata pakar bedah yang dikenal pasti Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) sebagai Dr. Mohammad.

Jabatan Negara Amerika Syarikat menggelar Omran sebagai ‘wajah sebenar’ konflik Syria.

Jurugambar Mahmoud Rslan merakamkan imej Omran, yang diletakkan di atas kerusi dalam ambulans selepas dibawa keluar dari pangsapuri keluarganya oleh pasukan penyelamat. – AFP

Tags: Syria
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pergolakan Di Syria: Kerajaan Belum Berhasrat Bawa Pulang Rakyat Malaysia

Pergolakan Di Syria: Kerajaan Belum Berhasrat Bawa Pulang Rakyat Malaysia

18/12/2024
0

PUTRAJAYA : Kerajaan belum berhasrat membawa pulang lebih 50 rakyat Malaysia termasuk pelajar yang kini berada di Syria susulan kejatuhan...

Sabah Diramal Alami Pengurangan Hujan Tahun Depan – Armizan

2 Lapangan Terbang Utama Syria Henti Operasi

22/10/2023
0

DAMASCUS: Perkhidmatan dua lapangan terbang utama di Syria terpaksa dihentikan selepas serangan dilakukan Israel hari ini, lapor media kerajaan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd