Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pelakon ‘Mahar’ Dalam Laskar...

Buat penggemar filem dari Indonesia, Laskar Pelangi merupakan salah satu naskah wajib ditonton...

Bil Air Di Singapura...

SINGAPURA - Buat julung kali dalam sejarah, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong...

Rundingan Nuklear: Rusia, China...

RUSIA pada Jumaat mengkritik Amerika Syarikat (AS) kerana mengancam Iran dengan ketegangan diplomatik...

PAS Beri Amaran Jangan...

PAS Permatang Pauh memberi amaran kepada PKR agar tidak meletakkan presidennya Datin Seri...

Firma IT Denmark Tawar Gaji Wang Maya Pokemon Go

COPENHAGEN – Sebuah syarikat Denmark yang kesukaran menarik perhatian pemohon kerja baharu terpaksa menawarkan sebahagian gaji dalam bentuk mata wang maya permainan peranti sensasi Pokemon Go.

Prosys, sebuah firma teknologi maklumat (IT) tempatan berhampiran ibu kota Denmark, Copenhagen menyatakan iklan kekosongan jawatan yang pada umumnya untuk pasukan pemasaran didapati tidak menarik perhatian, lapor portal berita perniagaan Finans.

Mereka kemudian memutuskan untuk cuba menawarkan sebahagian gaji bulanan sebanyak 25,000 kroner atau kira-kira RM15,080 dalam bentuk PokeCoins, sekali gus boleh digunakan untuk membeli produk permainan dan Pokeballs bagi ‘menangkap’ watak permainan.

Bagaimanapun jumlah keseluruhannya untuk gaji pekerja sebenarnya juga dapat dibayarkan terus ke dalam akaun bank sebenar jika pemohon tersebut memaklumkan bahawa mereka hanya mahu mencari pekerjaan, dan bukannya hendak bermain Pokemon Go.

Pengarah perusahaan tersebut, Lasse Jurek memberitahu kepada portal Computer World bahawa tawaran kaedah pembayaran yang agak luar biasa itu bertujuan agar syarikat IT tersebut dapat dilihat agak menarik terhadap para pencari kerja dalam kalangan usia muda.


“Kami melihat anak-anak muda waima golongan dewasa semakin ramai gemar memainkan Pokemon Go di mana-mana. Jadi kami fikir kalau memang itu yang mereka amat perlukan, mari kita cuba terlebih dahulu,” kata beliau lagi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori