• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fiji Isytihar Cuti Menang Emas Pertama Dalam Olimpik

oleh
16/08/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUVA – Tanggal 12 Ogos merupakan hari bersejarah bagi Fiji, sebuah negara kecil di Lautan Pasifik apabila seluruh rakyatnya bangkit menyalakan mercun dan menari di jalan raya untuk menyambut satu peristiwa cukup bermakna.

Ada apa yang berlaku? Ternyata ketika itu Fiji untuk julung kalinya dalam sejarah meraih pingat pertama sepanjang penyertaannya dalam temasya Olimpik selepas merdeka daripada Britain pada 1970 dan yang lebih membanggakan apabila medal sulung ini adalah emas.

Pingat emas tersebut paling manis diperoleh oleh skuad Fiji di Brazil menerusi perlawanan kegemaran rugby seven peringkat final apabila pemain dari negara kecil yang hanya seluas 18,274 kilometer persegi itu berjaya mengalahkan pula bekas penjajahnya sendiri, Britain.

Rugby seven adalah varian daripada sukan ragbi yang hanya dimainkan oleh tujuh orang sepasukan dalam durasi tujuh minit untuk setiap babaknya. Ia berbeza ragbi ‘regular‘ melibatkan 15 pemain sepasukan dengan durasi pertandingan masing-masing babak selama 40 minit.

Fiji Isytihar Cuti Menang Emas Pertama Dalam Olimpik

“Ini adalah hari terbesar dalam sejarah Fiji. Semua orang nyata begitu bergembira,” kata seorang jurugambar tempatan, Feroz Khali yang turut hadir menyaksikan sendiri pertandingan akhir itu menerusi layar gergasi dipasang di stadium nasional di ibu kota Suva di sini.

“Sungguh gila. Orang ramai menyanyi, menangis bahagia… Saya berasa sangat gembira,” tambah beliau. Perdana Menteri Fiji, Voreqe Bainimarama yang secara kebetulan berada di Rio de Janeiro untuk menyaksikan final perlawanan itu dan memberi sokongan moral.

Teruja dengan kejayaan sulung tersebut, beliau tanpa dijangka langsung mengumumkan tarikh 22 Ogos depan, iaitu sehari setelah semua ahli kontinjen Fiji tiba di tanah air sekembalinya mereka dari Rio, sebagai hari cuti umum nasional untuk gugusan pulau berkenaan.

Dalam mesej khasnya kepada semua rakyat Fiji, Bainimarama, 62; bekas panglima tentera laut yang dilantik sebagai ketua kerajaan sejak 2014 malah menyatakan, warganegara pulau kecil tersebut yang ada di seluruh dunia turut merasakan kegembiraan yang sama.

Fiji Isytihar Cuti Menang Emas Pertama Dalam Olimpik

“Tidak pernah sebelumnya semangat bangsa Fiji tertumpah seperti hari ini. Tidak pernah kami berdiri dengan bangga sebagai bangsa Fiji seperti saat ini,” ujar beliau yang juga peminat tegar sukan olahraga dan Presiden Kesatuan Ragbi Fiji lebih dua tahun lalu.

Dalam pada itu, Pengarah Eksekutif Kesatuan Ragbi Fiji, John O’Connor menyatakan, hampir kesemua 900,000 penduduk negara tersebut sanggup berkumpul di depan skrin televisyen di 110 daripada 300 buah pulau Fiji semata-mata menyaksikan ‘live’ insiden bersejarah itu.

“Semua orang sangat bersemangat. Di mana ada set televisyen, pasti ada ramai orang berkerumun. Di stadium nasional sahaja, tidak kurang daripada 2,000 orang dilaporkan berkumpul untuk menyaksikan perlawanan akhir melalui layar gergasi,” kata beliau lagi.

“Sebahagian orang masih pergi bekerja hari ini (Jumaat) tetapi saya yakin mereka tidak bekerja produktif kerana sibuk bercerita dan rai kejayaan pasukan ragbi Fiji belasah Britain dengan 43 berbalas hanya 7,” tambah O’Connor sambil tertawa. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: FijiOlimpikragbi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tak Terima Atlet Israel, Malaysia Mungkin Hilang Hak Tuan Rumah

31/12/2021
0

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) memberi amaran Malaysia mungkin hilang hak menjadi tuan rumah acara sukan pada masa depan jika ia...

Chong Wei Yakin Mampu Rebut Slot Ke Olimpik

11/02/2019
0

KUALA LUMPUR - Di sebalik peningkatan prestasi pemain muda negara, jaguh perseorangan Datuk Lee Chong Wei tetap berkeyakinan dapat bersaing...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd