• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fathia Nafi Punca Hubungan Kamal & Emma Retak

oleh AK-47
05/08/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AKTRES Fathia Latiff disebut-sebut menjadi ‘dalang’ kepada keretakan hubungan selebriti Kamal Adli dan Emma Maembong.

Bagaimanapun, menurut Fathia kepada laman Projek MMO, dia menepis dakwaan tersebut yang mengaitkan dirinya.

Fathia Latiff Nafi Punca Hubungan Kamal & Emma Retak

“Kalau benarlah dakwaan tersebut wujud, bagi saya itu hanya khabar angin. Kami hanya berlakon bersama, kena profesional. Lagipun sebagai pelakon, Emma atau sesiapapun perlu bersikap profesional,” katanya.

“Dulu pun dia ada berlakon bersama Aiman, saya tidak pernah cemburu apa pun,” tambahnya, merujuk kepada Aiman Hakim, bekas teman lelaki Fathia.

“Malah sebagai pelakon kita akan berlakon bersama ramai artis lelaki. Saya rasa ini hanyalah gosip yang tidak munasabah. Sengaja dicipta orang.”

Sebelum ini, Kamal Adli menafikan hubungan percintaannya renggang disebabkan wujudnya orang ketiga.

Kamal, 30, berkata Emma terasa hati kerana banyak perkara penting terlepas pandang dalam hubungan mereka sebagai pasangan kekasih.

Fathia Latiff Nafi Punca Hubungan Kamal & Emma Retak

Hubungan mereka dikatakan renggang setelah pasangan ini jarang memuat naik foto-foto mereka bersama di Instagram sejak kebelakangan ini.

Bagaimanapun, Emma atau Fatimah Rohani Ismail, sebelum ini enggan mengulas lanjut mengenai hubungannya dengan Kamal dan meminta agar peminat mendoakan yang terbaik buat mereka.

Malah Kamal juga turut menyuarakan pandangan yang sama dan berharap perhubungannya dengan Emma tidak terputus di tengah jalan seperti yang berlaku sebelum ini. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Projek MMO

Tags: Fathia LatiffKamal Adli
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kamal, Uqasha Sah Bercerai Talak Satu

Kamal, Uqasha Sah Bercerai Talak Satu

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pada...

Siasatan Lanjut Penyerang Kamal Adli, Mahkamah Singapura Tangguh Kes 10 Julai

Siasatan Lanjut Penyerang Kamal Adli, Mahkamah Singapura Tangguh Kes 10 Julai

26/06/2023
0

SINGAPURA: Mahkamah Singapura membenarkan penangguhan dua minggu lagi untuk pendakwa raya menjalankan siasatan lanjut ke atas seorang lelaki yang didakwa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd