Wednesday, July 24, 2024

Creating liberating content

Muhyiddin Tak Terlibat Komplot...

SERI MANJUNG - Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak terlibat...

Siasatan Kes Murid Dipaksa...

KLANG - Siasatan membabitkan kes seorang murid yang mendakwa dipaksa memotong lidahnya sendiri...

Kereta Mewah, Kelab Mewah

KUALA LUMPUR - Teka-teki mengenai masa depan pemain naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh akhirnya...

Simbah Cat Merah Pada...

JEMPOL : Seorang pemandu lori didenda sebanyak RM10,000 oleh Mahkamah Majistret Bahau, di...

Fara Fauzana Kahwin Ahli Perniagaan 17 September Ini

BEKAS penyampai radio Hot FM, Fara Fauzana dilapor bakal menamatkan zaman bujangnya dengan seorang ahli perniagaan pada 17 September ini.

Pengumuman tersebut dibuat Fara menerusi satu sidang media yang berlangsung di Petaling Jaya, hari ini.

Majlis sidang media itu dihoskan oleh rakan baik Fara iaitu Nana Mahazan.

Menurut Fara, majlis pernikahannya akan diadakan pada sebelah pagi dan sebelah petangnya pula akan berlangsung majlis resepsi pada hari yang sama di Dewan Mustapha Kamal, Neo Damansara.

“Kami tidak bertunang, sebaliknya hanya majlis bertemu keluarga diadakan sekitar Februari lalu. Majlis kahwin saya nanti juga sangat sederhana dan ringkas. Kemeriahan itu saya percaya akan dirasa daripada tetamu yang hadir.

“Saya pun banyak bertekak ‘manja’ dengan ibu bapa kerana saya tidak mahu mengadakan beberapa acara berbeza, seperti sering dilakukan ketika perkahwinan. Saya enggan menyusahkan sesiapa,” ujarnya memetik Berita Harian.

Menurut personaliti radio berusia 36 tahun itu, dia sudah hampir dua tahun mengenali bakal suaminya itu.

Apa yang dapat dikongsikan Fara mengenai bakal suaminya adalah merupakan seorang ahli perniagaan dan berasal dari Shah Alam, Selangor.

Fara berkenalan dengan bakal suaminya dalam sebuah majlis makan yang diaturkan oleh rakannya.


“Kami bertemu selepas diaturkan teman pada sebuah majlis makan.

“Selama ini, kami selalu keluar beramai-ramai bagi mengelakkan perkara tidak diingini. Jadi, menerusi cara itu juga mungkin orang tidak dapat menghidu persahabatan kami,” katanya lagi.

Faktor agama dan keperibadian Hafiz menjadi antara kriteria yang telah menarik hati Fara untuk mengikat janji sehidup semati dengan jejaka idamannya itu.

“Saya tertarik dengannya atas faktor agama dan keperibadiannya. Tidak dinafikan juga, dia sangat sabar dan tahan dengan sikap saya.

“Sikapnya pula agak bertentangan dengan diri saya. Selain pemalu, dia juga lebih banyak diam dan hanya bercakap apabila dirasakan perlu,” ujar Fara lagi.

Tahniah buat Fara dan bakal suami, semoga mahligai yang bakal dibina berkekalan hingga akhir hayat. InsyaAllah. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori