• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Enam Hari Dalam Kurungan Wanita Tidak Siuman

oleh AK-47
25/08/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG kanak-kanak lelaki terpaksa melalui hari yang menakutkan apabila terpaksa bertahan selepas dikurung enam hari oleh seorang wanita kurang siuman di sebuah rumah di Lorong Mat Kilau.

Ia bermula apabila Muhammad Amirul Hakim Abdullah, 10, dilaporkan hilang oleh ibunya, Mimie Azura Mohd Noor, 33 pada 19 Ogos lalu selepas tidak pulang ke rumah mereka di Kampung Tengah, Kuantan, Pahang.

Namun, siasatan polis mendapati mangsa yang mesra dipanggil sebagai Mirul berada di dalam sebuah rumah yang dimiliki seorang wanita berusia 37 tahun.

Harian Metro melaporkan, Mirul ditemui anggota polis Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Kuantan hasil maklumat awam kira-kira pukul 2.20 pagi Khamis.

Mirul ditemui bersama dua lagi kanak-kanak masing-masing berusia 11 dan 15 tahun juga dalam keadaan tidak bermaya.

Ketika serbuan dibuat, polis terpaksa memecah masuk selepas suspek enggan membuka pintu dan memberikan kerjasama.

Siasatan mendapati, mangsa hanya diberi roti untuk mengalas perut dan segelas minuman serta dikunci dalam sebuah bilik bagi mengelakkan mangsa melarikan diri.

Kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik dan Seksyen 342 Kanun Keseksaan kerana pengurungan salah. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kes culikpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd