• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Penyamun Remaja Rogol Mangsa Selang 5 Minit

oleh Ahmad Albab
04/08/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Dua remaja berusia 17 tahun mengaku tidak bersalah di mahkamah majistret, di sini, atas tuduhan melakukan rompakan berkumpulan dan merogol mangsa selang lima minit setiap seorang.

Tuduhan terhadap kedua-dua pesalah juvenil yang sudah tidak bersekolah itu dibuat di hadapan Majistret, Mohd Isa Mohamed.

Mereka didakwa bersama dua orang lagi yang ditangkap untuk disoal siasat serta bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa melakukan rompakan berkumpulan ke atas seorang mangsa di Bachok pada jam 4 pagi, 15 Julai lalu.

Mereka dituduh mengambil sebuah komputer riba jenama Acer, dua buah telefon bimbit jenama Samsung dan Apple, seunit pemain DVD serta dua beg sandang kecil dan wang tunai yang dianggarkan RM2,000.

Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, masing-masing didakwa secara berasingan merogol mangsa di tempat dan tarikh yang sama, seorang pada jam 4.50 pagi dan seorang lagi didakwa melakukan rogol itu pada jam 4.55 pagi.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(b) Kanun Keseksaan di bawah Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya negeri, Mohamad Firdaous Mohamed Idris manakala tertuduh diwakili peguam, Nik Saiful Adli Burhan@Jaohari.

Terdahulu, Mohamad Firdaous mencadangkan supaya kedua tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 untuk pertuduhan merogol dan RM6,000 bagi pertuduhan merompak.

Mohd Isa kemudian membenarkan setiap tertuduh diikat jamin sebanyak RM16,000 seorang. Kes disebut semula pada 20 September depan di Mahkamah Majistret, Bachok.

Sehingga petang semalam, kedua-dua tertuduh yang tidak bersekolah itu gagal menjelaskan jumlah ikat jamin berkenaan. – Sinar Harian

Tags: kes rogol
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

Kes Rogol Di Sekolah: KPM Tumpu Bantu Pulih Emosi Calon SPM Dan Guru

Kes Rogol Di Sekolah: KPM Tumpu Bantu Pulih Emosi Calon SPM Dan Guru

12/10/2025
0

MELAKA: Semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan guru di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah, di sini akan diberikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd