• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Diarah Keluar Pesawat Kerana Sebut Nama Allah

oleh AK-47
13/08/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
10
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON DC – Sepasang suami isteri beragama Islam diarahkan untuk segera keluar daripada pesawat kerana menyebut perkataan ‘Allah’ semasa menggunakan telefon bimbit.

Menurut laporan akhbar The Washington Post, pasangan, Nazia Ali dan suaminya Faisal sedang dalam perjalanan pulang ke Ohio setelah berbulan madu di London dan Paris sempena meraikan ulang tahun ke-10 perkahwinan mereka.

Tanpa mereka sedari, salah seorang anak kapal pesawat Delta memaklumkan kepada juruterbang bahawa dia kurang senang dengan gelagat pasangan Muslim tersebut, menurut laporan akhbar tempatan Cincinnati Enquirer.

Antara sebab yang diberikan oleh anak kapal berkenaan adalah, Nazia dilihat menggunakan telefon selular dan memakai tudung manakala suaminya pula kelihatan sedang berpeluh-peluh, lapor akhbar tersebut lagi.

nazia dan faisal

Anak kapal itu juga mendakwa pasangan tersebut menyebut perkataan ‘Allah’. Justeru, juruterbang memutuskan untuk tidak berlepas sehingga pasangan tersebut berjaya dikeluarkan daripada pesawat berkenaan.

“Kami sudahpun duduk di dalam pesawat selama 45 minit. Anak kapal kemudian bertanya ‘Bolehkah anda keluar bersama saya? Kami mahu bertanya beberapa soalan’,” Nazia memberitahu Cincinnati Enquirer.

“Maka saya bertanya kepada beliau sama ada kami perlu membawa barangan kami dan beliau menjawab, ‘Ya, sila bawa semua barangan anda. Anda tidak akan menaiki pesawat ini’.” terang wanita berkenaan lagi.

Susulan insiden tersebut, kumpulan-kumpulan hak asasi awam yang berjuang untuk kepentingan masyarakat Muslim Amerika Syarikat (AS) menyifatkan perbuatan sedemikian sebagai kaedah “religious profiling”.

nazia dan faisal1

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Perhubungan Amerika-Islam (CAIR), peguam Sana Hassan menggesa pemerintah AS supaya mengambil tindakan terhadap masalah salah faham keterlaluan tersebut.

Pihak CAIR juga mengumumkan rancangan untuk membuat aduan secara rasmi terhadap syarikat penerbangan Delta Air Lines kepada Jabatan Pengangkutan AS atas sikap diskriminasi paling biadap berkenaan.

Insiden itu berlaku selang beberapa hari selepas seorang wanita Muslim yang juga dalam perjalanan pulang setelah berbulan madu di Turki, diarah keluar daripada laluan pengecapan pasport di Lapangan Terbang Doncaster Sheffield di South Yorkshire.

Kesalahan penumpang Muslimah itu hanyalah kerana dia secara kebetulan sedang leka membaca buku tentang Syria ketika beratur untuk pemeriksaan pasport, menurut laporan akhbar The Washington Post. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Amerika SyarikatMuslim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Firdaus Wong Kesal Kes Babit NGO Jadi Modal Sindir Islam

Firdaus Wong Kesal Kes Babit NGO Jadi Modal Sindir Islam

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung melahirkan rasa kesal apabila kes melibatkan badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan...

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima mengadap personaliti media sosial dari Amerika Syarikat (AS), Sneako...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd