• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Di Sebalik Kisah Tokoh Korporat Memukul Isteri

oleh AK-47
03/08/2016
dalam Artis, Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEJAK Jun lepas kita digemparkan dengan berita seorang tokoh perniagaan muda yang didakwa telah memukul isterinya. Pasangan ini dikatakan telah pun bercerai tahun ini.

Kes yang akan disebut semula pada awal Ogos ini sebenarnya adalah sebuah kes berprofil tinggi kerana melibatkan seorang ahli perniagaan terkemuka, namun jika diteliti laporan akhbar samada bercetak mahupun digital, hanya Malaysiakini sahaja yang membuat liputan, dan kemudiannya diulang siar pula di dalam beberapa buah blog.

Ada pihak yang beranggapan bahawa portal berita Malaysiakini telah dibayar oleh pihak bekas isteri untuk membuat liputan ini demi meraih simpati masyarakat di samping cuba untuk memburuk-burukkan nama ahli perniagaan tersebut. Sejauh mana kebenaran anggapan ini, hanya Tuhan dan mereka yang terlibat sahaja tahu.

Penulis bukannya mahu mempertahankan tindakan ahli perniagaan tersebut, malah penulis juga tidak bersetuju kepada sebarang bentuk keganasan terhadap wanita. Namun, penulis melihat kepada dua faktor.

Pertama, kes ini melibatkan seorang tokoh perniagaan terkenal dan sangat kaya. Dengan kata lain, ianya melibatkan jutaan ringgit. Kedua pula, integriti si pengadu iaitu bekas isteri ahli perniagaan ini sangat questionable (boleh dipersoalkan).

Ditambah pula dengan segala kekecohan yang sengaja ditimbulkan di laman media sosial Instagram di mana bekas isteri dan beberapa orang rakan beliau mula menyerang ahli keluarga bekas suami, penulis mula berasa ragu dan timbul pula syak bahawa segala ini berlaku hasil daripada perancangan rapi pihak bekas isteri.

Mungkin beliau ada agenda sendiri? Agenda yang melibatkan jutaan ringgit? Seperti yang penulis katakan awal tadi, hanya Tuhan dan mereka yang terlibat sahaja tahu. Namun, kita boleh cuba merungkai satu demi satu apa yang sebenarnya berlaku berdasarkan cerita-cerita yang disampaikan oleh mereka yang rapat dengan keluarga ahli perniagaan ini.

Menurut mereka, masalah bersama bekas isteri ini bermula sekian lama. Malahan, sebelum berkahwin pun ahli keluarga ahli perniagaan ini kurang senang dengan sikap bekas isteri yang terlalu controlling dan bersikap umpama seorang diva. Beliau dikatakan menggunakan kedudukan beliau sebagai teman wanita, dan kemudiannya isteri, untuk membelanjakan wang syarikat sesuka hati.

Dikatakan arwah bapa kepada ahli perniagaan ini pernah tidak berpuas hati apabila melihat laporan audit syarikat. Selain daripada membelanjakan wang syarikat umpama syarikat milik sendiri, si isteri ini juga dikatakan bersikap angkuh dan biadab terhadap ahli keluarga mertuanya, termasuklah seorang bapa saudara yang memegang jawatan pengarah di syarikat tersebut.

Sikap beliau amat tidak disenangi ahli keluarga mertua. Diceritakan oleh mereka yang rapat, arwah bapa kepada ahli perniagaan itu enggan hadir ketika upacara akad nikah mereka berlangsung. Sampai begitu tahap tidak puas hati arwah bapa ahli perniagaan ini terhadap menantu beliau.

Antara sebab lain kenapa ahli keluarga mertua beliau tidak suka kepada beliau adalah beliau dikatakan sebagai seorang yang sangat dahagakan perhatian, sehingga suka memanggil segala bentuk media untuk membuat laporan tentang segala macam acara yang melibatkan keluarga ini. Arwah bapa ahli perniagaan ini lebih suka bersikap ‘low profile’ dan tidak suka menonjolkan kemewahan keluarga beliau.

Si isteri ini juga amat bermuka-muka. Apabila berada bersama keluarga mertua, beliau akan tunjukkan sifat-sifat seorang isteri yang baik. Namun…TERUSKAN MEMBACA DI SUMBER ASAL…KLIK

Petikan: Facebook Viral-Posts

Tags: Pisau Cukur
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lembu Import, Babi Eksport

Next Post

Pemancing Hilang Ditemui Mati Lemas Di Sungai Kelantan

Related Posts

Wanita Dakwa Coco Rampas Suami Orang Kerana Duit

17/12/2016
0

SEBUT sahaja nama Coco, kami pasti ramai masih ingat lagi dengan video viralnya yang bercakap menggunakan accent mat salleh sambil...

Datin ‘Homeless’ Di Kondominium Mewah

26/09/2016
0

AGAK mustahil seorang datin yang selama ini hidup bermewahan bersama suami yang kaya raya namun kononnya sekarang hidup ibarat gelandangan selepas...

Next Post

Pemancing Hilang Ditemui Mati Lemas Di Sungai Kelantan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd