• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dera: Abang, Jiran Mangsa Dipanggil Bantu Siasatan

oleh Ahmad Albab
10/08/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Pihak polis akan memanggil beberapa saksi termasuk abang mangsa bagi membantu siasatan kes dera seorang remaja di Marang yang dilapor semalam.

Ketua Polis Daerah Marang, DSP Mohd Suhaimi Ali berkata pihaknya akan turut memanggil saudara serta jiran mangsa.

“Kita akan memanggil individu berkenaan untuk melakukan siasatan lanjut dan terperinci berhubung kes tersebut. Mungkin mereka mengetahui atau pernah ternampak insiden seperti yang didakwa mangsa,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Semalam seorang remaja lelaki mendakwa menjadi mangsa dera ibu dan bapa tirinya dan sering dipukul lelaki berkenaan sejak enam tahun lalu.

Kejadian itu terbongkar selepas remaja berusia 17 tahun itu memaklumkan perkara berkenaan kepada pegawai perubatan ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah pada Isnin lalu.

Hasil pemeriksaan, doktor mengesahkan wujud kesan penderaan daripada bahagian paras pinggang hingga bahagian atas mangsa.

Mangsa didakwa didera dengan periuk panas, kayu dan jek kereta.

Mahkamah Majistret di sini telah membenarkan tempoh tahanan reman selama empat hari kepada bapa tiri remaja terbabit bermula hari ini manakala ibunya direman selama tiga hari bermula semalam.

Ibunya yang berumur 34 tahun yang juga peniaga ditahan manakala bapa tirinya yang berusia 46 diberkas tengah hari pada hari yang sama di sekitar Marang. – BERNAMA

Tags: Dera
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Budak Sembilan Tahun Maut Disyaki Didera Bapa Tiri

Budak Sembilan Tahun Maut Disyaki Didera Bapa Tiri

23/06/2025
0

MELAKA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun maut dipercayai didera oleh bapa tiri di sebuah rumah di Kota Laksamana,...

Guru Wanita Disyaki Dera Kanak-Kanak Perempuan Direman Enam Hari

Guru Wanita Disyaki Dera Kanak-Kanak Perempuan Direman Enam Hari

31/05/2025
0

Gombak: Guru wanita yang disyaki mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun direman enam hari bermula hari ini. Ketua Polis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd