• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Demi Martabat Bahasa Kebangsaan – PFM

oleh Ahmad Albab
05/08/2016
dalam Artis, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) membidas pihak yang mengkritik pengenalan kategori Filem Bahasa Malaysia dan Filem Bukan Bahasa Malaysia dalam Festival Filem Malaysia 2016 (FFM) kononnya ia satu diskrimansi.

Ketua Pegawai Eksekufif PFM, Pansha Nalliah berkata, langkah tersebut merupakan mekanisme yang praktikal dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan dalam filem tempatan pada masa kini dan akan datang.

“Demi memartabatkan bahasa kebangsaan dalam filem tempatan pada masa kini dan akan datang, kategori Filem Terbaik FFM Ke-28 dikenakan syarat penggunaan 70 peratus Bahasa Malaysia sebagai bahasa pertuturan.

“Bagi lain-lain bahasa diambil kira dalam kategori Filem Terbaik FFM Ke-28 (Bukan Bahasa Malaysia). Secara langsungnya kategori itu akan melibatkan kategori Pengarah Terbaik dan Lakon Layar Terbaik,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Pelakon dan pengarah filem, Afdlin Shauki baru-baru ini mengumumkan beliau memboikot FFM 2016 kerana mendakwa tidak menghargai karya bangsa Malaysia.

Difahamkan, pemulauan Afdlin terhadap anugerah itu dibuat ekoran kesal apabila pihak PFM membuat pengasingan filem bukan berbahasa Malaysia.

Terdahulu, Pansha berkata, pihak PFM dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bekerjasama mencari mekanisme yang praktikal untuk masa depan industri filem negara dengan mengambil kira Bahasa Malaysia (Bahasa Melayu) sebagai bahasa rasmi dan juga bahasa lain di negara ini.

“Satu pendekatan perlu dilaksanakan bagi mengekalkan Identiti yang berimejkan Filem Nasional berpandukan kepada Perlembagaan Negara kerana Malaysia terdiri dari berbagai bangsa, budaya, bahasa dan agama,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Bahasa MelayuPFM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Bangladesh Pun Boleh Berbahasa Melayu

Pekerja Bangladesh Pun Boleh Berbahasa Melayu

20/05/2026
0

INI bukan cerita rekaan. Ini kisah benar yang menunjukkan betapa mudahnya bukan Melayu mempelajari bahasa Melayu jika ada keperluan dan...

Laluan UEC Ke IPTA Tidak Akan Terbatas Kepada Kursus Bahasa Sahaja

Laluan UEC Ke IPTA Tidak Akan Terbatas Kepada Kursus Bahasa Sahaja

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Lepasan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) yang mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah dibenarkan memasuki institusi pengajian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd