• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DBKL Bertindak Pemilik Kenderaan ‘Parking’ Suka Hati

oleh Ahmad Albab
22/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan tindakan mengapit tayar kenderaan (clamping) di beberapa kawasan di ibu negara yang bertujuan mengurangkan mengurangkan kesesakan lalu lintas 1 September depan.

DBKL dalam satu kenyataan media berkata, DBKL akan menggunakan Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2016 untuk tujuan itu.

“Kawasan terlibat adalah di Jalan Masjid India, Jalan Tun Sambanthan (Brickfield), Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Jalan Bulan, Jalan Changkat Bukit Bintang, Jalan Chow Kit, Jalan Kenanga, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Solaris, Mont Kiara dan Jalan Klang Lama.

“Bayaran denda yang dikenakan Notis Kesalahan RM50 hingga RM100 bergantung kepada kesalahan, bayaran mengapit tayar RM50 dan bayaran upah tunda RM100,” kata kenyataan itu hari ini.

DBKL bagaimanapun memberi jaminan mengambil langkah-langkah keselamatan sewaktu mengapit kenderaan untuk mengelakkan kerosakan pada kereta.

Kata kenyataan itu, gambar sebelum, semasa dan selepas sewaktu tindakan itu dilakukan akan turut dirakam serta meletak notis makluman kenderaan telah dikapit serta meelapor kepada bilik perhubungan DBKL bagi kenderaan yang telah dikapit.

“Jika pemilik kenderaan hadir dalam tempoh empat jam tayar kenderaannya dikapit, petugas Warden Trafik perlu memastikan individu tersebut menjelaskan bayaran denda dan memberi resit bukti pembayaran kepada pemilik kenderaan.

“Jika selepas empat jam kenderaan telah dikapit dan tidak dialihkan oleh pemiliknya, tindakan menunda akan diambil,” kata kenyataan itu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: DBKL
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Anggota Penguat Kuasa DBKL Kena Kompaun Buang Sampah Dari Kenderaan Rasmi

Anggota Penguat Kuasa DBKL Kena Kompaun Buang Sampah Dari Kenderaan Rasmi

24/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan terhadap seorang kakitangannya kerana membuang sampah daripada kenderaan rasmi selepas...

JIM, DBKL Serbu Pasar Pudu, 186 PATI Ditahan Dalam Ops Kutip

JIM, DBKL Serbu Pasar Pudu, 186 PATI Ditahan Dalam Ops Kutip

21/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB KUALA LUMPUR – Seramai 186 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi bersepadu berskala besar yang dijalankan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd