Monday, May 13, 2024

Creating liberating content

Keluarga Adelina Terima Pampasan...

JAKARTA - Pampasan dan tunggakan gaji berjumlah RM63,900 telah dibayar kepada keluarga Adelina...

Dzulkifli Ahmad Kembali Ke...

PUTRAJAYA – Tan Sri Dzulkifli Ahmad yang menyerahkan surat penamatan kontrak sebagai Ketua...

Curi Pelbagai Barang, Bapa...

KUALA LUMPUR - Gara-gara mencuri pelbagai jenis barangan termasuk coklat di sebuah pasar...

Reka Bentuk Jajaran Baharu...

SHAH ALAM - Reka bentuk jajaran baharu Lebuh Raya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH)...

Datuk Red Nasihat Bakal Anak, “Jangan Ikut Perangai Papa”

SUAMI kepada peyanyi Adira Suhaimi, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red mengesahkan isterinya itu sedang hamil tujuh minggu selepas membuat pemeriksaan doktor pada minggu lalu.

Datuk Red mengesahkan isterinya itu tidak mengalami sebarang alahan yang teruk seperti kebiasaan wanita yang lain.

“Adira tidak mengalami alahran yang teruk. Cuma sekarang ini, tiap hari dia mahu makan kari mamak yang sebelum ini dia tidak suka pun,” katanya kepada mStar Online.

Datuk Red juga mengakui sedang merancang untuk membawa isteri keduanya itu bercuti ke Eropah dalam masa yang terdekat.

“Dah lama saya merancang untuk membawa Adira bercuti tetapi sedang mencari masa yang sesuai. Adira sukakan laut dan pantai, tetapi saya pulak tidak suka.

“Kalau murah rezeki kami, saya ingin mambawanya bercuti ke Eropah,” tambahnya.

Pada masa yang sama, Datuk Red juga menasihati Adira agar memperlahankan kerjanya seninya sepanjang tempoh kehamilan dan mahu isterinya itu menumpukan perhatian terhadap kandungannya


Datuk Red juga telah berkongsi kegembiraan tersebut di akaun instagramnya dengan kepsyen;

lol

“Alhamdulillah #bakadatored #umatyanghensem moga jadi anak yang soleh jangan ikut perangai papa.. tapi kalau korang pandai, siapa ibunya huhuhuhuhu”.

-MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori