Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Pelayar Negara Perlu Kekal...

LANGKAWI – Pelayar negara dalam kategori Antarabangsa 420 Lelaki dan Antarabangsa 470 Lelaki...

Siasatan Lanjut Ke Atas...

LAHAD DATU - Siasatan lanjut masih dijalankan ke atas saksi kejadian iaitu sebelas...

Adnan Zikri Jaafar, Pelajar...

SEORANG pelajar jurusan kewangan dan pengajian antarabangsa, Adnan Zikri Jaafar telah mengharumkan nama negara dengan menjadi penerima...

Peluru Pelancar Roket Punca...

GURUN - Polis hari ini mengesahkan bahawa kes letupan di sebuah rumah di...

CIDB Siasat Insiden Takal Besi Hempap Orang Awam

KUALA LUMPUR – Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berasa kesal dengan insiden Seorang wanita maut akibat dihempap takal besi yang terjatuh daripada sebuah kren di Jalan Raja Chulan di sini petang kelmarin.

Ketua Eksekutifnya, Datuk Ir. Ahmad ‘Asri Abdul Hamid berkata, insiden menyayat hati itu boleh dielakkan jika pihak pembinaan mengikuti semua garis panduan sedia ada.

“Insiden yang berlaku di Jalan Raja Chulan yang mengorbankan nyawa orang awam itu tidak sepatutnya berlaku.

“Syarikat yang menjalankan aktiviti pembinaan bertanggungjawab memastikan kerja-kerja mereka tidak mendatangkan bahaya kepada pekerja mahupun orang awam,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ahmad ‘Asri berkata, CIDB sedang menyiasat sama ada berlaku sebarang pelanggaran undang-undang di bawah Akta 520 (Pindaan 2011) di dalam insiden terbabit.

Menurutnya, tindakan tatatertib termasuk membatalkan atau menggantung lesen syarikat kontraktor terbabit jika terbukti ada pelanggaran undang-undang dalam kejadian itu.

“Sebarang aktiviti pembinaan sepatutnya dilakukan di dalam kawasan tapak pembinaan yang dipasang penghadang yang cukup.


“Sebarang kren yang digunakan tidak sepatutnya melangkaui kawasan yang telah dipasang dengan penghadang,” ujarnya.

Media kelmarin melaporkan, seorang wanita maut apabila dihempap takal besi yang terjatuh daripada sebuah kren di Jalan Raja Chulan.

Besi berkenaan dipercayai terjatuh daripada kren yang berada di sebuah tapak pembinaan bersebelahan pusat beli-belah Pavilion dan menimpa kereta Perodua Kelisa yang dipandu mangsa. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • CIDB

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori