• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cahaya Mata Pertama, Misha Berdebar Tunggu Kelahiran

oleh AK-47
20/08/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang, Misha Omar berdebar menghitung hari saat-saat untuk melahirkan cahaya pertamanya.

Misha atau nama penuhnya Samihah Omar, 34; berkahwin dengan seorang juruterbang, Firos Ezzwan Rosly pada Mei 2014 sebelum ini telah mempunyai dua orang anak angkat iaitu Muhammad Adam Emir, 10; dan Humaira Lateefa, 4.

Cahaya Mata Pertama, Misha Berdebar Tunggu Kelahiran

Penyanyi yang melonjak naik menerusi lagu Bunga-bunga Cinta (BBC) suatu ketika dahulu berkata, kandungannya itu dijangka lahir pada bulan September atau selewat-lewatnya Oktober.

“Sekarang ini saya memang berdebar-debar menuggu masa ketibaan si kecil yang dijangka lahir pada bulan hadapan atau selewat-lewatnya Oktober.

“Insha’Allah saya mengambil kesempatan ini meminta semua mendoakan semuanya selamat,” katanya kepada BH Plus.

Cahaya Mata Pertama, Misha Berdebar Tunggu Kelahiran

Meskipun berada di fasa-fasa terakhir kehamilan tanpa kehadiran suami tercinta kerana mencari rezeki. Misha tetap bersyukur kerana adanya teman rapat dan keluarga serta anak-anak di sisinya.

“Dalam keadaan sarat begini, kita tidak boleh bersendirian kerana akan mengundang tekanan. Apabila terjaga di tengah malam, saya mengejutkan keluarga dan anak-anak yang berada di sisi bagi mendapatkan sokongan,” jelasnya.

Manakala perkembangan terbaru penyanyi ini pula, dia baru sahaja selesai merakamkan lagu duet bersama Adibah Noor berjudul Jiwa Sentuh Jiwa. – MYNEWSHUB.CC

Tags: mengandungMisha Omar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sarat Mengandung Tak Jadi Halangan Keluar Mengundi

Sarat Mengandung Tak Jadi Halangan Keluar Mengundi

17/08/2024
0

Meskipun usia kandungan mencecah lapan bulan, ia tidak menghalang Che Nurul Amira Che Mat, 35, menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi DUN...

Wanita Koma Dibelasah Suami Bakal Lahirkan Bayi

26/11/2021
0

KEJADIAN ngeri pada April lalu mengemparkan Malaysia apabila seorang lelaki telah membelasah isterinya sehingga koma. Lebih menyedihkan apabila wanita tersebut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd