• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Budak Terperangkap 17 Jam Terselamat Runtuhan Gempa

oleh Ahmad Albab
26/08/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ROM – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun berjaya ditarik keluar hidup-hidup dari runtuhan bangunan selepas terperangkap selama 17 jam akibat gempa bumi yang melanda Amatrice di tengah Itali, kelmarin.

Rakaman visual menunjukkan kaki kanak-kanak itu diliputi debu apabila kru kecemasan sedaya upaya cuba mengeluarkannya.

Seorang anggota penyelamat didengari berkata: “Diam. Saya boleh mendengar sesuatu di bawah sana.”

Sebaik mangsa dikesan, dia memintanya menggerakkan tubuhnya sambil meminta kanak-kanak yang dipanggil Giulia itu berhati-hati tidak mencederakan kepalanya.

Baca: Korban Gempa Terburuk Itali Sejak 2009 Naik Kepada 247

Sorakan tercetus apabila kanak-kanak berkenaan berjaya ditarik keluar disambut jeritan: ‘Dia masih hidup!’

Giulia dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius.

Sementara itu, seorang budak perempuan berusia empat tahun terselamat selepas kakaknya sempat melindung badannya daripada dihempap batu daripada rumah yang sedang runtuh.

Malangnya, kakaknya yang berusia lapan tahun itu pula disahkan sudah meninggal dunia.

Dua beradik itu ditemui di celah runtuhan rumah percutian keluarga mereka di Pescara del Tronto. – Agensi/myMetro Online

Tags: Bangunanbudak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Negeri Johor Cemerlang Bawah Pimpinan Onn Hafiz, ‘Budak’ Ini Ada Keberanian – MCA

Negeri Johor Cemerlang Bawah Pimpinan Onn Hafiz, ‘Budak’ Ini Ada Keberanian – MCA

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong memuji kepimpinan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang...

‘Jangan Risau Johor Ditadbir Oleh Budak, Budak Ini Budak Yang Rajin’ – Mohd Fared

‘Jangan Risau Johor Ditadbir Oleh Budak, Budak Ini Budak Yang Rajin’ – Mohd Fared

23/05/2026
0

JOHOR BAHRU - "Jangan risau walaupun negeri kita ditakbir oleh seorang 'budak', tapi 'budak' ini memang budak yang rajin" Demikian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd