• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bendung Sijil Cuti Sakit Palsu Dalam Talian

oleh Ahmad Albab
31/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan hari ini menggesa dihentikan segera aktiviti penjualan sijil cuti sakit secara dalam talian yang dikesan masih berleluasa.

Ketua Pengarahnya Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata penjualan sijil cuti sakit palsu sedemikian mendatangkan pelbagai implikasi negatif kepada produktiviti negara, isu-isu perundangan dan sebagainya.

Katanya, masih ramai dalam kalangan masyarakat yang mengambil mudah mengenai perkara itu, sehingga mengiklankan penjualan sijil berkenaan secara dalam talian, sama ada dengan atau tanpa penglibatan pengamal perubatan dan pergigian berdaftar di klinik dan hospital swasta mahupun kerajaan.

“Walaupun pelbagai alasan diguna untuk menghalalkan penyalahgunaan sijil cuti sakit, tetapi kementerian menegaskan bahawa sijil itu merupakan satu bentuk dokumen pengesahan yang hanya boleh dikeluarkan oleh seorang pengamal perubatan atau pergigian berdaftar.

“Dari segi perundangan, sijil cuti sakit yang boleh diterima pakai hanyalah yang dikeluarkan oleh seorang pengamal perubatan berdaftar… atau oleh seorang pengamal pergigian berdaftar,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Noor Hisham berkata berdasarkan garis panduan di bawah Code of Professional Conduct yang dikeluarkan oleh Majlis Perubatan Malaysia (MMC) atau Majlis Pergigian Malaysia (MDC), pesakit perlu diperiksa dengan teliti oleh pengamal perubatan atau pergigian.

“Sijil cuti sakit hanya dikeluarkan jika didapati pesakit itu benar-benar tidak dapat menjalankan tugas mereka,” katanya.

Beliau meminta orang ramai menghindarkan diri daripada menggunakan perkhidmatan penjualan sijil cuti sakit dalam talian kerana tindakan mengemukakan sijil palsu boleh menyebabkan seseorang itu dibuang kerja.

Sehubungan itu, beliau menyarankan majikan atau ketua jabatan bertindak tegas untuk tidak menerima sijil cuti sakit palsu.

Noor Hisham berkata majikan, ketua jabatan serta orang perseorangan yang meragui kesahihan sijil cuti sakit atau mengetahui wujudnya aktiviti penjualan serta pengeluaran sijil cuti sakit palsu, perlu membuat laporan polis.

Bagi aktiviti berkaitan pengamal perubatan berdaftar, aduan boleh dibuat kepada Majlis Perubatan Malaysia (MMC) manakala aduan ke atas pengamal pergigian disalurkan kepada Majlis Pergigian Malaysia (MDC), katanya.

Aduan bagi kejadian penjualan sijil cuti sakit palsu membabitkan klinik atau hospital swasta boleh dibuat melalui emel di [email protected]. – BERNAMA

Tags: cuti sakit palsu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jual Cuti Sakit Palsu, Wanita Ditahan Di Slim River

18/04/2017
0

IPOH - Polis Perak menahan seorang wanita yang disyaki terlibat dalam sindiket pemalsuan sijil cuti sakit di sebuah premis di...

Sijil Cuti Sakit Palsu Dijual Di Facebook Pada Harga RM30

01/09/2016
0

KUALA LUMPUR - Selaras dengan perniagaan dalam talian yang semakin berkembang, wujud satu sindiket yang menawarkan kemudahan membeli sijil cuti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd