• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Penolong Pengarah didakwa Rasuah

oleh Ahmad Albab
15/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Seorang bekas Penolong Pengarah Pengurusan dan Kewangan, Perbadanan Stadium Melaka mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap empat pertuduhan rasuah iaitu meluluskan empat pesanan kerajaan berjumlah RM45,572.30 antara September 2014 dan April 2015.

Nurulain Norazmi, 30, didakwa sebagai pegawai badan awam telah menggunakan kedudukannya untuk mengeluar dan meluluskan empat pesanan kerajaan itu kepada syarikat milik adiknya Syarikat Ah Boy Supplier and Services.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, dia didakwa mengeluar dan meluluskan pesanan kerajaan untuk pembekalan peralatan Stadium Hang Tuah bernilai RM6,830 dan membekal peralatan dan cat Stadium Hang Jebat bernilai RM10,930 masing-masing pada September dan Disember 2014.

Dua lagi pertuduhan membabitkan membekal peralatan kebersihan Stadium Hang Jebat bernilai RM13,167.30 dan membekal peralatan dan kelengkapan mencuci Stadium Hang Jebat bernilai RM14,645 masing-masing pada April dan Januari 2015.

Nurulain didakwa melakukan semua kesalahan itu di Bahagian Pengurusan dan Kewangan, Perbadanan Stadium Melaka di sini.

Bagi semua pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohammed Heikal Ismail menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin.

Peguam Mohd Shahrullah Khan Nawab Zadah Khan mewakili tertuduh memohon jaminan dikurangkan kerana anak guamnya yang sedang mengandung enam bulan kini tidak bekerja selepas meletakkan jawatan pada Februari lepas selain mempunyai dua anak berumur lima dan enam tahun serta perlu menjaga ibu bapa mentua yang kurang sihat.

Hakim Norma Ismail membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Sept untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Tags: Melakarasuah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelantikan Ketua Pesuruhjaya baharu tidak dengan sendirinya melahirkan sebuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu. Menurutnya,...

DAP Johor Sokong Tangguh PRN, “Demi Kesejahteraan Rakyat” – Sheikh Omar

DAP Johor Sokong Tangguh PRN, “Demi Kesejahteraan Rakyat” – Sheikh Omar

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP Johor menyambut baik cadangan menangguhkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Melaka. Naib Pengerusi DAP Johor,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd