• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mukhriz Mahu Jadi PM ‘Fast Track’ – Bekas Pegawai Khas

oleh Ahmad Albab
16/08/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Perjuangan Datuk Seri Mukhriz Mahathir adalah untuk mencapai cita-citanya menjadi perdana menteri secara ‘fast track’, dakwa bekas pegawai khas politiknya, Haris Che Mat.

Haris, yang juga bekas setiausaha kerja UMNO Kedah mendakwa perjuangan bekas menteri besar Kedah itu turut didokong bapanya Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mahu menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi memberi laluan kepada anaknya.

Haris berkata rancangan tersebut bermula ketika pemilihan UMNO pada 2013 yang menyaksikan Mukhriz bertanding jawatan Naib Presiden UMNO.

“Saya adalah antara anggota jentera kempen Mukhriz bagi jawatan Naib Presiden UMNO pada 2013.

“Ramai di antara kami berfikir elok bagi beliau bertanding untuk Ahli Majlis Tertinggi kerana kalah dalam pertandingan Ketua Pemuda pada 2009,” katanya pada persidangan berita di Pokok Sena kira-kira 20 km dari sini, hari ini.

“Apabila Mukhriz kalah dalam pertandingan jawatan Naib Presiden, mereka salahkan Perdana Menteri (Najib),” tambahnya.

Justeru, Haris berkata beliau tidak akan mengikut Mukhriz menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan kekal bersama UMNO.

“Saya tidak mengikut Datuk Seri Mukhriz kerana perjuangan saya bersama UMNO. Parti UMNO merupakan institusi bagi perjuangan politik Melayu,” katanya.

Haris mendakwa beliau melihat Parti Pribumi hanya satu platform bagi perjuangan cita-cita politik Mukhriz untuk menjadi perdana menteri. – BERNAMA

Tags: Mukhriz Mahathir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

12/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Selepas lebih seminggu episod menuding jari, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mendakwa...

Najib Sekolahkan Mukhriz

04/05/2021
0

Jika RM33b dana BNM tak lesap masa ayah kamu dan kesemua dimasukkan dalam tabung KWAN dengan purata pulangan 6.3% setahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd