• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Imam Meninggal Ketika Solat Jenazah

oleh Ahmad Albab
14/08/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TASEK GELUGOR – Bekas imam Masjid Jamek Permatang Binjai di sini tidak sempat menghabiskan solat jenazah seorang pemuda apabila beliau rebah pada takbir keempat sebelum disahkan meninggal dunia.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.20 pagi tadi itu, Ahmad Bidin, 82, sebelum itu turut menguruskan jenazah pemuda berkenaan yang meninggal dunia selepas koma selama lapan bulan akibat kemalangan jalan raya.

Imam masjid berkenaan Mat Desa Sulaiman, 80, berkata ketika hendak mengangkat takbir pertama, Ahmad yang berada di saf hadapan dan bersebelahannya hampir rebah tetapi sempat dipegang jemaah di belakangnya.

“Masa mula-mula dia rebah saya memapahnya dan dudukkannya di sebatang tiang di dalam masjid, tetapi selepas beberapa saat dia sedar serta kembali memenuhi saf hadapan untuk bersama-sama menunaikan solat jenazah.

“Saya nasihatkannya agar berehat kerana beranggapan dia kurang sihat, tetapi arwah tetap meneruskan solat jenazah dan semasa hendak mengangkat takbir keempat, arwah rebah sekali lagi sebelum tidak sedarkan diri,” katanya.

Mat Desa berkata mereka kemudian membaringkan Ahmad dan mendapati Allahyarham tidak lagi bergerak walaupun namanya dipanggil berulang kali sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan yang datang dengan ambulans.

Ahmad merupakan bekas pekerja am di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Butterworth dan bertugas sebagai imam masjid Jamek Permatang Binjai sejak 15 tahun lepas sebelum menamatkan tugas pada 2013.

Allahyarham meninggalkan isteri Azizah Saad, 65, dan empat anak berumur antara 30 hingga 47 tahun.

Sementara itu Azizah yang ditemui berkata suaminya keluar dari rumah kira-kira pukul 8 pagi untuk membantu mengurus jenazah pemuda berkenaan selepas dimaklumkan kariah masjid berhubung kematian tersebut.

“Arwah tidak menunjukkan sebarang kelainan sewaktu keluar untuk membantu proses memandi dan mengkafankan remaja terbabit. Selama ini itulah tugasnya selain banyak masa dipenuhi di masjid untuk sembahyang, membaca al-Quran dan memenuhi undangan ke majlis tahlil,” katanya.

Katanya pihak hospital memaklumkan suaminya meninggal dunia akibat sesak nafas. – BERNAMA

Tags: meninggal dunia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nur Izzati Humaira Ditemui Meninggal Dunia

Nur Izzati Humaira Ditemui Meninggal Dunia

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Asa, Hulu Bernam dilaporkan ditemui...

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd