• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azlan Man Nafi Bersekongkol Dengan Tun M Jatuhkan PM

oleh Ahmad Albab
01/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man menafikan tuduhan dan dakwaan seorang blogger bahawa beliau bersekongkol dengan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata beliau tidak pernah melakukan perbuatan tersebut atau mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh dianggap ‘menikam belakang’ perdana menteri sehingga hari ini sebagaimana didakwa blogger Yusman Zahari.

“Saya sentiasa menyokong tanpa berbelah-bagi malah ketika perdana menteri diserang berkaitan isu 1MDB dan wang derma RM2.6 bilion, saya adalah antara ketua UMNO bahagian yang secara terang, jelas dan tegas mempertahankan kepimpinan beliau.

“Niat buruk Yusman terserlah dengan mengadakan cerita yang tidak pernah berlaku dan menuduh Senator Ramli Sharif yang saya namakan sebagai Ahli Dewan Negara berada di barisan hadapan menyambut Tun Dr Mahathir pada 28 Julai lepas,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau mengulas mengulas tulisan blogger tersebut yang bertajuk ‘Pemimpin UMNO Perlis Terlibat Salurkan Dana Gerakan Mahathir Jatuhkan Najib.’

Azlan berkata tulisan blogger itu bersifat pembohongan, fitnah dan berniat jahat selain cuba menimbulkan permusuhan antara beliau dengan perdana menteri dan membentuk persepsi negatif rakyat Perlis terhadapnya.

Katanya tuduhan blogger tersebut bahawa beliau tidak pernah menyokong perdana menteri secara terbuka dan mengadakan perjumpaan tertutup dengan Datuk Seri Mukhriz Mahathir semasa Mukhriz masih menteri besar Kedah juga adalah tidak benar.

“Saya mencabar Yusman membuktikan segala tuduhannya dan menuntut beliau menarik balik dakwaan, pembohongan dan fitnah serta memohon maaf secara terbuka kepada saya dalam masa terdekat.

“Sekiranya dia gagal berbuat demikian saya akan mengambil tindakan undang-undang dan menyaman beliau untuk membersihkan nama saya,” kata beliau yang juga ketua UMNO bahagian Kangar. – BERNAMA

Tags: Azlan ManNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azlan Man Hadapi 5 Tuduhan Tuntutan Palsu Lebih RM1.18 Juta

Azlan Man Hadapi 5 Tuduhan Tuntutan Palsu Lebih RM1.18 Juta

10/04/2023
0

KANGAR: Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, terhadap lima pertuduhan...

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd