• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azizulhasni Awang Ulang-Alik Dari KL Ke Ipoh Demi Anak

oleh Ahmad Albab
22/08/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang akan berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Ipoh untuk menjaga anak bongsunya yang sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta, di sini sejak Jumaat lalu.

Katanya, sebagai atlet profesional, beliau mempunyai tuntutan kerja yang perlu ditunaikan terutama dalam memenuhi komitmen bersama penaja, namun pada masa sama, memiliki tanggungjawab sebagai suami dan ayah kepada dua anak.

Azizulhasni, 28, berkata beliau sanggup berulang-alik demi membantu isterinya, Athiah Ilyana Abd Samat, 30, menjaga anak mereka Amna Khadeeja, 11 bulan, yang mengalami jangkitan kuman pada paru-paru, demam panas dan ruam.

“Jika ada hal penting saya terpaksa pergi ke Kuala Lumpur, tapi kalau boleh saya hendak berada di sini dahulu dan pastikan Khadeeja betul-betul sihat,” katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.

Kata pemenang pingat gangsa acara keirin Sukan Olimpik Rio 2016 itu, beliau akan pulang ke kampung halaman di Terengganu untuk berjumpa keluarga dan menghadiri majlis anjuran kerajaan negeri setelah Khadeeja sihat sepenuhnya.

“Mengikut perancangan awal, apabila tiba di sini (Malaysia), saya akan meluangkan masa dua hari di Kuala Lumpur untuk menghadiri beberapa program Yayasan Sime Darby sebelum pulang ke Terengganu,” katanya.

Atlet kelahiran Dungun, Terengganu itu berkata, pada awalnya beliau menjangka Khadeeja dibenarkan keluar hospital hari ini kerana menunjukkan perkembangan positif semalam, tetapi suhu badan anaknya itu kembali naik hari ini dan badannya lemah.

Beliau berkata, ketika sedang beraksi di Sukan Olimpik Rio, anak sulungnya, Amna Maryam, 4, dimasukkan ke hospital selama seminggu kerana mengalami jangkitan kuman di telinga.

Azizulhasni berkata, beliau akan meluangkan masa di Malaysia sekurang-kurangnya empat minggu sebelum pulang semula ke Melbourne, Australia bersama keluarga untuk meneruskan latihan.

“Kalau boleh saya mahu mula berlatih kerana saya tidak mahu hilang rentak persembahan kerana ini (kejayaan) adalah satu aksi terbaik saya,” katanya.

Azizulhasni yang digelar ‘The Rocket Pocket Man’ berkata, selepas ini, beliau akan menyertai siri Kejohanan Piala Dunia dari Oktober hingga Januari depan di Scotland, Belanda, Colombia dan Amerika Syarikat selain Kejohanan Dunia di Hong Kong pada Mac.

Berkongsi kejayaannya di Olimpik Rio, Azizulhasni berterima kasih kepada keluarga, termasuk ibu bapa yang mendoakan kejayaannya serta isteri yang menjadi tulang belakang dan menjaga anak-anak mereka.

“Tidak lupa juga kepada sahabat handai, penyokong khususnya Team Azizul, Kementerian Belia dan Sukan, Program Podium di bawah Institut Sukan Negara, penaja dan Majlis Sukan Negara,” katanya.

Azizulhasni berkata, beliau mempunyai temu janji dengan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman di Kuala Lumpur, malam ini.

“Mungkin beliau hendak ucap tahniah. Tapi kalau betul-betul jumpa dan berbincang lebih lanjut mengenai perkara itu (penajaan roadbike), ia akan dibuat bila saya balik Terengganu nanti,” katanya.

Sebelum ini, Azizulhasni dalam laman Facebooknya menyindir Ahmad Razif dengan mengucapkan ‘terima kasih’ kerana tidak melayan permohonannya dan seorang lagi pelumba basikal negara, Fatehah Mustafa untuk menaja roadbike sebagai persiapan ke Rio. – BERNAMA

Tags: Azizulhasni Awang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Adakah Ini Karma Saya Langgar Janji Kepada Ibu, Isteri Dan Anak-Anak? – Azizulhasni

Adakah Ini Karma Saya Langgar Janji Kepada Ibu, Isteri Dan Anak-Anak? – Azizulhasni

14/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang hari ini memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaya kerana gagal...

Jenazah Bapa Mohd Azizulhasni Selamat Dikebumikan

31/01/2022
0

DUNGUN: Jenazah bapa kepada jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Syed Yahya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd