• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azizulhasni ‘The Pocket Rocket Man’ Disambut Sebagai Wira

oleh Ahmad Albab
20/08/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Pelumba basikal Mohd. Azizulhasni Awang, yang memenangi pingat gangsa Sukan Olimpik Rio 2016, disambut sebagai wira di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Pesawat syarikat Emirates penerbangan EK408, yang dinaiki pemenang pingat gangsa bagi acara keirin di Rio de Janeiro, juga diberikan siraman penghormatan sejurus ia mendarat di lapangan terbang itu pada jam 3 petang tadi.

Turut tiba bersama-samanya ialah Fatehah Mustapa dan jurulatih mereka John Beasly serta atlet pelayaran negara Khairulnizam Mohd. Afendy dan Nur Shazrin Mohamad Latif.

Ketibaan atlet negara itu disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Dr. Khairi Zawi dan Timbalan Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Abdul Jalil Abdullah serta keluarga dan atlet pelapis berbasikal kebangsaan.

“Saya agak terkejut dengan sambutan hari ini. Tergamam tengok kapal terbang diberi siraman penghormatan dan (ketika) keluar (dari Balai Ketibaan) tadi, ramai dengan wartawan.

“Ini adalah sambutan paling meriah untuk saya. Terima kasih semua,” kata Mohd. Azizulhasni yang terus mendukung anak perempuannya, Amna Mariyam, 3, sejurus keluar dari Balai Ketibaan Antarabangsa KLIA.

Isterinya, Athiah Ilyana Abd Samat, tidak dapat menyambut kepulangannya kerana perlu menjaga seorang lagi anak mereka, Amna Khadeeja, 11 bulan, yang kini dirawat di sebuah hospital.

“Ketika tamat perlumbaan akhir di Rio, saya memang teringat kepada anak-anak dan isteri. Mula-mula yang masuk hospital Amna Mariyam selama seminggu, selepas dia sihat, anak kedua saya pula masuk hospital.

“Memang saya tidak sabar mahu jumpa anak saya sekarang ini, risau sangat dengan keadaaannya. Saya berharap semua mendoakan dia cepat sembuh,” kata pelumba dari Dungun, Terengganu itu.

Dalam acara keirin, Azizulhasni, 28, menamatkan perlumbaan dengan meraih pingat gangsa setelah tewas kepada Jason Kenny dari Britain yang memenangi emas dan pelumba Belanda Matthijs Buchli yang memperoleh perak. – BERNAMA

Tags: Azizulhasni Awang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Adakah Ini Karma Saya Langgar Janji Kepada Ibu, Isteri Dan Anak-Anak? – Azizulhasni

Adakah Ini Karma Saya Langgar Janji Kepada Ibu, Isteri Dan Anak-Anak? – Azizulhasni

14/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang hari ini memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaya kerana gagal...

Jenazah Bapa Mohd Azizulhasni Selamat Dikebumikan

31/01/2022
0

DUNGUN: Jenazah bapa kepada jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Syed Yahya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd