• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azizulhasni Ingin Jadi Mentor Kepada Atlet Pelapis

oleh Ahmad Albab
20/08/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pelumba basikal negara Mohd Azizulhasni Awang yang memenangi pingat gangsa di Sukan Olimpik Rio 2016, berhasrat menjadi mentor kepada atlet pelapis berbasikal bagi meneruskan legasi kecemerlangannya.

Mohd Azizulhasni, 28, berkata beliau telah mengenal pasti beberapa pelumba pelapis berbasikal berbakat dan berharap kejayaannya meraih gangsa Olimpik di Brazil dapat menyuntik semangat dan menjadi inspirasi kepada mereka.

“Saya ingin menjadi mentor kepada mereka dan menurunkan sebanyak mana ilmu yang mungkin kerana saya tahu saya pun tidak boleh berkayuh selama-lamanya. Pada satu tahap, saya perlu berhenti dan back off (berundur).

“Sebelum saya back off saya nak tengok pelumba yang meneruskan legasi kita,” katanya pada sidang media sebelum menyertai ‘fun ride’ sejauh 20 kilometer (km) bersama 200 peserta di City of Elmina di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Urusan Sime Darby Property Berhad, Datuk Ir Jauhari Hamidi, pelumba wanita pertama negara, Fatehah Mustapa dan jurulatih Mohd Azizulhasni, John Beasley.

Di Olimpik Rio, Mohd Azizulhasni menamatkan perlumbaan acara keirin di belakang Jason Kenny dari Britain yang memenangi emas dan pelumba Belanda, Matthijs Buchli yang memperoleh perak.

Dalam pada itu, anak kelahiran Terengganu itu berkata fokus beliau sekarang ialah kilauan emas di Tokyo 2020.

Sementara itu, Jauhari berkata program berbasikal hari ini adalah satu inisiatif Sime Darby Property untuk mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti setempat di samping menjadi platform memperkenalkan City of Elmina sebagai ‘township’ yang mempunyai konsep ‘wellness’ dan ‘liveability’.

“Satu daripada ciri kesihatan di township ini ialah cadangan trek basikal dan joging sepanjang 90km, satu daripada trek terpanjang di negara,” katanya. – BERNAMA

Tags: Azizulhasni Awanglumba basikal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Adakah Ini Karma Saya Langgar Janji Kepada Ibu, Isteri Dan Anak-Anak? – Azizulhasni

Adakah Ini Karma Saya Langgar Janji Kepada Ibu, Isteri Dan Anak-Anak? – Azizulhasni

14/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang hari ini memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaya kerana gagal...

Jenazah Bapa Mohd Azizulhasni Selamat Dikebumikan

31/01/2022
0

DUNGUN: Jenazah bapa kepada jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Syed Yahya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd