• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Atlet Paralimpik Luar Biasa – Jeanne

oleh Ahmad Albab
29/08/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penaung Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Tun Jeanne Abdullah menyifatkan atlet paralimpik negara yang akan ke temasya Sukan Paralimpik Rio de Janeiro, Brazil sebagai atlet luar biasa.

“Mereka ini atlet luar biasa, apa sahaja yang mereka buat, mereka lakukan dengan penuh perasaan dan bila tengok muka mereka, usaha dan kebolehan mereka, kita harus bangga kerana Malaysia mempunyai atlet seperti ini,” katanya.

Jeanne berkata demikian selepas menyempurnakan majlis perhimpunan dan pelepasan kontingen paralimpik negara ke temasya sukan itu di sini, hari ini.

Beliau berkata atlet paralimpik negara harus diberi perhatian yang sama dengan atlet normal ke Sukan Olimpik kerana mereka turut berjuang demi negara dan membawa nama Malaysia.

“Kita sepatutnya berasa bertuah kerana negara ini mempunyai golongan paralimpian yang berbakat dan sebenarnya merekalah juara di hati kita semua,” katanya yang mengharapkan seluruh rakyat Malaysia mendoakan kejayaan mereka.

Jeanne berkata beliau juga tidak mahu meletakkan apa-apa sasaran buat kontingen negara pada temasya sukan yang akan bermula pada 7 hingga 18 Sept ini.

“Saya hanya harap mereka akan mempamerkan aksi yang bertenaga dan memberikan persembahan terbaik di temasya itu,” katanya.

Beliau turut melahirkan rasa terharu dengan pengumuman Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin untuk turut memberi insentif dan pencen kepada atlet paralimpik yang berjaya meraih pingat di Brazil.

Khairy mengumumkan atlet paralimpik yang berjaya meraih pingat di Brazil, akan menerima elaun bulanan seumur hidup sebanyak RM5,000 bagi pingat emas, RM3,000 (perak) dan RM2,000 (gangsa).

Sementara itu, pada majlis sama Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata pemberian insentif berkenaan adalah wajar kerana atlet paralimpik juga berjuang untuk mengharumkan nama negara.

“Bertanding di Sukan Paralimpik, sama juga susah seperti Sukan Olimpik kerana atlet paralimpik turut perlu melalui proses kelayakan sebelum mengesahkan tempat ke temasya sukan berkenaan,” katanya.

Seramai 21 atlet akan menyertai temasya Sukan Paralimpik itu dan antara yang dilihat berpeluang meraih pingat ialah atlet olahraga iaitu Abdul Latif Romly, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dan Muhammad Ziyad Zolkefli.

Atlet negara bakal mengambil bahagian dalam lapan daripada 23 jenis sukan iaitu olahraga, berbasikal, powerlifting, memanah, ping-pong, pelayaran, tenis kerusi roda dan renang. – BERNAMA

Tags: atletParalimpik
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Gambar Isteri Kedua Dr. Mohamad Khir Toyo

Next Post

Along Cham Dan Zila AF4 Sah Cerai Talak Satu

Related Posts

Atlet Terengganu Gagal Doping, Ambil Ubat Lelah, Tahan Sakit

Atlet Terengganu Gagal Doping, Ambil Ubat Lelah, Tahan Sakit

20/09/2022
0

DUA atlet Terengganu yang gagal dalam ujian doping sebelum ini berpunca daripada pengambilan ubat-ubatan ketika menjalani latihan pusat di Cameron...

Johor Giat Pencarian Atlet Pelapis Sukma 2024

20/04/2022
0

JOHOR BAHRU : Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) kini sedang rancak melakukan persiapan khususnya melibatkan aspek pencarian atlet dan bakat-bakat...

Next Post

Along Cham Dan Zila AF4 Sah Cerai Talak Satu

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd